Jenama warisan tempatan, Ayam Brand™, telah memperkenalkan aplikasi permainannya yang pertama, Tap Tap Tuna, untuk mendidik dan memberi maklumat kepada pengguna mengenai khasiat ikan tuna dengan cara yang menyeronokkan dan menarik. Boleh didapati di Apple iTunes Store dan Android Play Store, Tap Tap Tuna merupakan muat turun percuma yang boleh dinikmati semua.
Ayam Brand™ cuba mendekati pengguna menerusi permainan mudah alih yang ringkas. Tap Tap Tuna bukan permainan muat turun-dan-main yang biasa kerana pemain perlu, mengimbas setin Ayam Brand™ Tuna dan membuka kunci permainan tersebut untuk bermain. Varian berlainan Ayam Brand™ Tuna akan memberikan pemain lencana baru. Tap Tap Tuna kemudian akan membawa pemain ke peringkat utama permainan, di mana mereka perlu menyentuh kesemua ‘ikan baik’ seberapa cepat yang boleh untuk memperoleh markah.
Fakta-fakta menarik dan berbentuk pendidikan dipersembahkan dalam permainan ini termasuk maklumat nutritisi mengenai tuna. Contohnya, Ayam Brand™ Tuna dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu air, minyak bunga matahari, minyak zaitun, mayonis dan sedap. Setiap kategori mengandungi rasa tuna berlainan untuk memenuhi setiap cita rasa.
Dari 27 April hingga 16 Ogos 2015, pemain yang memperolehi kesemua lima lencana layak untuk memenangi SATU tin Ayam Brand™ Tuna.
Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk di Malaysia yang memiliki akaun e-mel atau Facebook yang sah. Satu akaun e-mel/Facebook memberikan seseorang pemain peluang untuk memenangi satu tin Ayam Brand™ tuna, tidak kira berapa banyak penyertaan dihantar sekali pun.
Langkah Permulaan
- Muat turun Tap Tap Tuna Ayam Brand™ dari Apple Store atau Google Play
- Imbas setin Ayam Brand™ Tuna dan mula bermain. Lihat di bawah untuk butiran lanjut
- Sebaik sahaja lencana dikesan, pemain boleh menyentuh skrin untuk bermain.
- Terdapat lima jenis tuna. Lihat jadual di bawah untuk jenis-jenis tuna:
Cara Bermain
- Sentuh kesemua ikan baik dan elakkan ikan merah dalam masa yang ditetapkan.
- Sendengkan/gerakkan telefon anda untuk mendedahkan ikan tersembunyi di belakang tin.
- Selepas menamatkan satu lencana, pastikan anda log masuk menerusi e-mel atau Facebook untuk menyimpan skor anda. Objektif anda ialah untuk menghabiskan dan menyimpan kesemua lencana.
Cara Memenangi Peraduan Tap Tap Tuna
- Habiskan kesemua lencana dan simpan skor untuk melayakkan diri memenangi setin Ayam Brand Tuna.
- Log masuk menerusi e-mel atau Facebook dan hantar skor penuh sebelum setiap hari Ahad, 11.59PM.
- Hanya satu penyertaan dibenarkan untuk satu laman Facebook atau e-mel, setiap minggu.
- 10 Pemenang teratas Mingguan akan dipilih setiap Ahad dan dihubungi setiap Isnin sebelum 5PM.
- Peraduan berlangsung dari 27 April 2015 hingga 16 Ogos 2015.
- Untuk maklumat lanjut, pemain boleh melayari www.ayambrand.com.my/taptaptuna.