Tahukan anda bahawa terdapat pelbagai rahsia tersendiri dalam penjagaan rambut dari negara yang berbeza? Sama ada diperturunkan ke setiap generasi atau rawatan moden, setiap satunya tidak rugi untuk dicuba. Semoga ia boleh memberi kesan yang diingini iaitu rambut yang cantik, lembut dan sempurna.
1. Colombia — Avocado Hair Mask
Campurkan dua putih telur bersama avocado yang dihancurkan. Sapukan ke rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan bersih dan sapukan pelembap. Ia cepat, murah dan semulajadi untuk melembutkan rambut.
2. Argentina — Hidrat dengan Aloe Vera
Wanita di Argentina menggemari rambut panjang yang menyerlahkan sisi sensualiti dan glamor. Bagi memastikan ia terus panjang dan terbentuk cantik, aloe vera disapukan terus atau ditambahkan ke dalam syampu.
3. Guyana — Sardin untuk Rambut Berkilat
Sardin diketahui mengandungi sumber omega-3 dan pengambilannya akan membuatkan rambut tumbuh dengan cepat dan sihat. Penyanyi Leona Lewis antara yang mengamalkannya dan lihat sahaja rambutnya, cantik!
4. Perancis — Hidrat ketika Tidur
Overnight treatment mask sangat popular di sini. Bagi menambahkan kelembapan, kebanyakan wanita menambah krim mentega pada kulit rambut pada petang sebelum mencuci rambut dengan syampu.
5. Itali — Temu Janji Salon
Wanita Itali sukakan penampilan glamor seperti Sophia Loren, jadi mereka akan membuat temu janji di salon sekali dalam seminggu bagi mengekalkan kecantikan rambut.
6. Itali — Diet Rambut Minyak Zaitun
Di sesetengah tempat, ada keluarga memperturunkan petua dari generasi ke generasi yang menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan rambut. Sapuan satu sudu minyak ini dalam seminggu sudah bagus untuk membantu melembap, melembut dan memperbaiki regangan rambut.
7. Romania — Maniskan Pelembap
Mahu rambut cantik berkilat seperti orang Romania? Tambahkan satu sudu madu ke dalam pelembap. Apabila digunakan, ia akan menghasilkan rambut yang lebih cantik, berkilau dan warnanya juga tambah menarik.
8. Kanada — Mudah Berombak
Dapatkan rambut beralun ketika tidur! Basuh rambut pada waktu malam, biarkan ia kering dalam 80%. Kemudian ikat tocang dua dan bawa ia ke bahagian tepi bahu. Keesokkan paginya, leraikan tocang itu dengan menggunakan jari. Hasilnya akan nampak begitu semulajadi.
Ada petua yang ingin dicuba?
[Sumber]