Seorang lelaki China telah menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti diktator Korea, Kim Jong-Un. Kerana obses akan idolnya, Wang Lei sanggup berhabisan bagi mendapatkan wajah impiannya.
Wang Lei ditangkap jurugambar di Nanjing, timur China selepas terlanggar sesama kawan yang juga pencinta pembedahan plastik keluar temu janji. Difahamkan, Wang Lei bertemu dengan Liu Zi Xuan, seorang pelakon di sebuah klinik pembedahan plastik ketika Zi Xuan melakukan pemeriksaan pembesaran payu dara. Pasangan ini menarik perhatian ketika berjalan bersama malah Wang Lei turut melambaikan tangan ke arah orang awam dan posing untuk mengambil gambar seperti lagak Kim Jong-Un.