Untuk musim bunga ini, Bath & Body Works kembali lagi dengan koleksi Hawaii dan dijangka lebih baik lagi. Kembali dengan aroma kegemaran yang pasti memberikan keseronokan dan kegembiraan untuk badan, tangan dan rumah anda.
Produk penjagaan badan terdiri daripada Shea & Vitamin E Shower Gel, Crushed Coconut Body Scrub, Deep Cleansing Hand Soap serta wangian untuk rumah dalam bentuk lilin, wangian dan semburan, yang menggabungkan aroma bau manis kelapa segar, bunga eksotik dan buah-buahan tropika, dan bau masam daripada air masin.
Sesungguhnya aroma indah ini akan mengingatkan anda mengenai syurga dan menambah sentuhan tropika di rumah anda.
Inspirasi Hawaii boleh didapati di semua cawangan Bath & Body Works di Malaysia untuk masa yang terhad sahaja!