NBC Universal International Networks Syfy memberikan sedikit sentuhan tempatan di poster filem sekuel sensasi budaya global ‘pop’, Sharknado 3. Syarikat tersebut menggantikan tagline “Oh Hell No!” dengan “Alamak!” mengikut kesesuaian tempatan.
Penonton di Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan Sharknado 3 kerana filem ini akan ditayangkan dalam masa 24 jam dari waktu tayangan perdana di Amerika Syarikat. Filem selama dua jam ini akan ditayangkan waktu tempatan, Khamis, 23 Julai, 8.20 malam di Syfy HD (HyppTV Channel 611).
Sekuel Sharknado 3 menceritakan tentang kemusnahan Washington D.C. secara besar-besaran sebelum memporak-perandakan Eastern Seaboard dan Florida. Filem ini dibintangi oleh Ian Ziering sebagai Fin, Tara Reid sebagai April serta Cassie Scerbo sebagai Nova. Pelakon terbaru dalam sekuel ketiga ini adalah David Hasselholf , sebagai ayah Fin, Gil; Bo Derek sebagai May, ibu kepada April; Ryan Newman sebagai Claudia, anak kepada Fin dan Jack Griffo sebagai Billy, rakan Claudia.
Pelakon-pelakon tambahan adalah Mark Cuban sebagai Presiden Amerika Syarikat, Ann Coulter sebagai Naib Presiden, Michele Bachman sebagai diri sendiri; Jerry Springer, sebagai Mr.White, seorang pelancong yang mempunyai gangguan mental, , Tom Compton sebagai reporter; penyanyi NSYNC Chris Kirkpatrick sebagai penjaga kolam renang dan Chris Jericho yang akan melakokan watak Bruce sebagai operator roller coaster.
Filem ini sekali lagi diarahkan oleh Anthony C. Eerrante bedasarkan lakon layar asal oleh Thunder Levin. Sharknado 3 ini merupakan produksi filem syarikat The Asylum.
Tayangan perdana Sharknado 3:
Syfy HD (HyppTV Channel 611)
Khamis, 23 Julai, 8.20 malam.