Syarikat Walt Disney mendedahkan elemen kreativiti Shanghai Disney Resort serta taman tema, Shanghai Disneyland. Ini termasuk detail keenam-enam tema tarikan bertaraf dunia dan hiburan lintas langsung — kebanyakan tema merupakan pertama kali dibina untuk taman Disney. Resort dibina khas dan menepati cita rasa penduduk di China.
Semasa penyampaian khas yang bertempat di Shanghai Expo Centre, Pengerusi Disney dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger mendedahkan model taman Disneyland tersebut. Pelan tersebut mempamerkan enam tema, iaitu:
- Treasure Cove
- Mickey Avenue
- Adventure Isle
- Fantasyland
- Tomorrowland
- Gardens of Imagination
Terdapat dua buah hotel yang akan berada di resort tersebut iaitu:
- The Lakeside Wishing Star Park
- Disneytown – tempat membeli belah, makanan dan hiburan
Selain daripada cerita dongeng Disney, serta servis terbaik, tarikan klasik seperti Dumbo the Flying Elephant dan Peter Pan’s Flight, perarakan Disney dan persembahan bunga api pada malam hari, taman tema tersebut akan ditambah dengan pelbagai tarikan, persembahan yang akan dialami di China, seperti:
- Enchanted Storybook castle
- Treasure Cove – dikhaskan untuk para lanun
- Tron Lightcycle Power Run di Tomorrowland, tarikan roller coaster yang akan menambahkan keseronokan di Disney Park.
- The Garden of Twelve Friends akan membina karakter kartun Disney dan Disney-Pixar berdasarkan karakter zodiak cina.
- The Broadway Spectacular, persembahan Disney’s The Lion King buat pertama kali di dalam bahasa Mandarin di resort’s Boradway-style theatre, Walt Disney Grand Theatre.
Taman tema ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran Mickey Mouse dan rakan-rakannya untuk menyambut tetamu yang hadir ke sini.
Shanghai Disney Resort merupakan usahasama antara The Walt Disney Company dan Shanghai Shendi Group.