The Shoppes di Marina Bay Sands melancarkan platform versi dalam talian!
Penggemar barangan mewah kini dipermudahkan dengan hanya satu klik untuk mendapatkan barangan pilihan anda. Dengan platform ini, pembeli berpeluang menempah barangan yang sedia ada dalam masa 48 jam, sebelum pergi ke butik fizikal untuk meneruskan pembelian.
Versi dalam talian ini merupakan inisiatif untuk memaparkan barangan mewah yang berada di setiap butik fizikal, pusat membeli belah ‘The Shoppes’.
Pengguna yang menggunakan servis ini akan dapat ‘ganjaran istimewa’ bermusim yang menarik, termasuk parkir percuma dan lain-lain. Pembeli juga akan mendapat info terkini eksklusif tentang koleksi limited edition yang akan dilancarkan di The Shoppes.
“Kami sentiasa mencari idea untuk menjaga pelanggan dengan memanfaatkan peluang digital yang sedia ada. Menerusi servis ini, kami ingin memudahkan pembeli dan membuatkan mereka rasa istimewa apabila barangan yang mereka tempah itu menanti mereka di butik fizikal,” kata Naib Presiden Marina Bay Sands dalam Peruncitan, Mr John Postle.
Sebagai langkah permulaan, laman web The Shoppes akan memaparkan koleksi beg mewah jenama antarabangsa termasuk BALLY, Brioni, KWANPEN Men’s Boutique, Roberto Cavalli, Salon by Surrender, Salvatore Ferragamo dan ZILLI.
Daripada inspirasi beg cluthes dan cross-body kepada beg messenger dan luxe leather backpacks yang ikonik. The Shoppes menyajikan koleksi trend terkini untuk pencinta fesyen.
Sempena pelancaran platform ini, pelanggan berpeluang untuk mendapatkan voucher membeli-belah bernilai S$100 dan parkir percuma atas tempahan mereka bermula dari sekarang hingga 31 ogos 2015.