“Sentuhan tekstur knitted dan pelbagai cetakan yang direka menyempurnakan musim luruh pada kali ini. Rekaan ini mampu memberikan kesempurnaan dan membangkitkan suasana musim tersebut itu di rumah,” kata Ketua Pereka H&M Home, Evelina Kravaev Söderberg.
H&M Home mengorak langkah ke arah “authentic artisanal crafts”, digabungkan dengan keindahan alam semula jadi musim luruh tersebut.
Rekaan sebelum ini ditambah baik dengan melahirkan suasana yang kreatif dan idea yang meluas bagi hiasan dalaman. Antara warna yang terdapat pada koleksi ini adalah warna-warna alam dari autumn grey ke turqouise, deep greens dan ocean blue.
Chunky knit cushion covers membangkitkan suasana keselesaan rumah.
Walaupun hiasan yang ‘simple’ diperbuat daripada bahan semulajadi, seperti marble bowls dan plates, large wicket baskets atau chopping boards in black wood, ia dapat memberikan impak yang besar terhadap hiasan dalaman rumah.
Produk baharu seperti jug terracotta dan botol, atau rekaan cermin dan tray vintage menambah perkspektif segar dekorasi dalaman.
Bilik mandi juga dapat dihias dengan teknik ‘mix and match’ dengan kehadiran koleksi seperti marble toothbrush mugs dan stone soap dishes.
Sentuhan personal pada rumah dengan dekorasi glass cloches mampu membangkitkan interior bergaya vintage.
Dekorasi interior H&M Home kali ini minimalis dan masih lagi menggambarkan musim luruh. Jadi, nantikan koleksi H&M Home akan datang!