Cold-pressed juicer ‘menekan’ — bukan mencarik atau menghancurkan — buah-buahan atau sayur-sayuran antara bilah untuk hasil jus yang maksimum. Jadi hanya haba sedikit yang dikenakan sepanjang proses. Dalam erti kata lain, bukan sahaja anda akan mendapat jus yang lebih, tetapi anda juga dapat mengekalkan nutriennya.
Berikut merupakan senarai jus cold-pressed terbaik di kawasan Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi bagi mendapatkan jus sebenar yang menyegarkan.
1. La Juiceria
Beet Aid (lobak merah, epal, beet, lemon, halia)
Salah seorang pemilik bersama La Juiceria, Hong, telah menjalankan syarikat runcit sayur-sayuran segar dalam talian sebelum bekerjasama dengan rakan-rakan beliau untuk menubuhkan sebuah kedai fizikal menjual jus dalam botol. La Juiceria juga menjual Korean Hurom slow juicer yang menggunakan auger untuk memerah buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menghasilkan jus segar.
2. Upbeat Health Bar
Keep Calm & Detox (nenas, epal, timun, halia)
Upbeat mempunyai kepelbagaian pilihan protein shake dan smoothie segar dihasil menggunakan bahan-bahan yang sihat seperti yogurt Greek, teh hijau, madu, beri biru dan susu soya. Ia terletak hanya bersebelahan dengan gimnasium Fitness First di Avenue K, jadi jika anda mencari booster tengah hari, sekarang anda tahu di mana untuk mencarinya!
3. Jus D ‘Fruitz
Lovely Lady (nenas, oren, epal merah dan strawberi)
Jus D ‘Fruitz memproses jus cold-pressed (biasanya dihidangkan dalam termos kon) atas permintaan.
4. This Juice Co
Passionate (passion fruit, madu, lemon, air alkali)
Jus dari This Juice Co menggunakan buah-buahan organik yang terbaik dari tanaman. Tanpa kedai fizikal mereka sendiri, jus-jus segar dari This Juice Co boleh didapati di Project Space Coffee di SS15, Sevencups café di Empire Damansara, dan BRATS di PJ.
5. LifeJuice
50 Shades of Grey (teh Earl Grey, hazelnut, agave nectar, kelapa, garam Himalaya)
LifeJuice mengeluarkan seleksi jus segar, minuman yang tidak pernah beku yang diberikan nama seperti Beet-le Juice, Green-Tox dan Nutty Professor.
6. Juicyfy
J2 Digestify (epal, nenas, lobak merah, saderi)
Kedai mereka dihiasi dengan pelbagai poster dan petikan inspirasi. Bar jus mereka juga merupakan sebuah kafe, menghidangkan all-day breakfast, panini dan pasta, serta gelato, kopi, teh dan smoothies.
[Sumber]