Berikutan dengan insiden yang berlaku pada bulan Februari lepas, dua gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami masalah brek dan menyebabkan gerabak tersebut berasap.
Kejadian pertama berlaku di Stesen Setiawangsa laluan Gombak yang berlaku pada pukul 8.19 pagi. Servis LRT tergendala sehingga pukul 8.45 pagi.
Di stesen Universiti pula seramai 53 penumpang dipindahkan ke tren yang lain. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.18 tengahari dan mula beroperasi pada 12.35 tengahari dengan menggunakan trek alternatif.
Tiada kecederaan berlaku semasa insiden ini.
Syarikat Rapid Rail Sdn Bhd menghantar laporan berkenaan isu tersebut kepada pihak pengeluar, Bombardier and Knorr Brake Sdn Bhd dan sedang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Untuk pautan video, sila klik disini.