Adakah anda tergolong dalam kalangan wanita yang menggunakan contact lens / kanta lekap? Jika ya, adakah anda yakin yang anda melakukan penjagaan yang betul keatas kanta lekap yang dipakai itu?
Sedar atau tidak, hakikatnya ramai yang memandang ringan dalam penjagaan kanta lekap yang betul. Tabiat ini akan mengakibatkan berlakunya infeksi kuman pada mata, sekaligus merosakkan mata. Anda harus tahu bahawa teknik pembersihan kanta lekap yang betul mampu menghalang bakteria dari kanta lekap anda dan menjauhkan sebarang infeksi pada mata.
Justeru itu, anda harus ambil tahu mengenai teknik penjagaan kanta lekap yang betul, seperti berikut:
1. Gosok lembut dan bilas
Setiap kali selepas anda memakainya, tanggalkan dan gosok lembut kanta lekap itu dan bilas.
2. Jangan simpan lebih daripada seminggu
Sekiranya anda sudah menyimpan kanta lekap lebih daripada tujuh hari, rendam ia terlebih dahulu dengan disinfektan sebelum anda memakainya semula.
3. Jangan guna air paip
Jangan sesekali anda gunakan air paip sebagai larutan untuk menyimpan kanta lekap. Ia boleh merosakkan kanta lekap dan mengundang infeksi pada mata.
4. Jangan letak berdekatan tandas
Udara di sekitar tandas dan bilik air boleh menyebabkan kontaminasi kepada kanta lekap. Pastikan anda meletakkannya di dalam bilik tidur atau tempat lain yang selamat.
5. Jangan pakai ketika berenang
Air kolam renang juga berisiko memberi kontaminasi kepada kanta lekap anda. Seeloknya, gunakan goggle jika anda betul-betul sukar untuk melihat atau tidak mahu menanggalkan kanta lekap tersebut.
[Sumber]