LG melancarkan produk ‘Mosquito Away Air Conditioner’ bertindak menghalau nyamuk dengan gelombang ultrasonik yang tidak berbahaya kepada manusia.
Gelombang ultrasonik ini mampu mengurangkan kelembapan suhu untuk anda tidur lena tanpa gangguan nyamuk.
Penghalau nyamuk ini disahkan oleh Germany’s TÜV NORD dan disyorkan oleh pengguna. Selain itu, Teknologi Inverter V dengan kompressor BLDC meningkatkan prestasi sambil menjimatkan tenaga. Manakala teknologi penapis habuk mikro dari 3M, memerangkap mikroskopik berbahaya untuk rumah yang lebih bersih.
Di Malaysia, nyamuk dianggap sebagai serangga berbahaya. Fakta menariknya, hanya nyamuk betina sahaja yang akan menggigit dan kita akan dijangkiti, manakala nyamuk jantan hanya mencari makanan dengan menghisap nektar di bunga.
Keadaan cuaca di Malaysia yang beriklim panas dan lembap menjadikan negara ini sebagai destinasi yang sesuai untuk nyamuk hidup dan membiak.
Sebanyak 38,517 kes demam denggi dan 120 kematian dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan sehingga 25 April tahun ini, berbanding dengan 28,814 kes dan 66 kematian tahun lepas. Peningkatan bagi kes demam denggi adalah sebanyak 9,703 kes (33.7%).
Terdapat simptom demam denggi, antaranya selsema. Ketahui lebih lanjut tentang simptom demam denggi disini dan menghalau nyamuk dengan produk LG ‘Mosquito Away Air Conditioner’!