Menyambut detik lebaran yang penuh makna bagi kita yang merayakan, tidak perlu sampai menggunakan barangan yang seba baru bukan? Barangan lama masih boleh digunakan. Tetapi jika ingin kelihatan sedikit berbeza, penulis punya alternatif lain bagi anda ingin tampil anggun jelita dengan penampilan berbeza.
Apatah lagi ketika menghadirkan diri ke rumah terbuka Hari Raya, tidak perlu sampai berbelanja hanya untuk mencari baju raya yang serba baru, memadai jika anda mengubah gaya dan stail rambut agar tampak lebih anggun dan manis.
1. French Braids
Ini satu gaya yang boleh anda lakukan. Cuba buat french braids di salah satu sisi rambut sampai ke telinga, kemudian gunakan klip rambut untuk mengemaskan rambut. Untuk menambah kesan elegan, gunakan curling iron untuk membuat ikal yang besar.
2. Fancy Headband
Ala-ala gypsy! Untuk anda yang berambut pendek, anda boleh cuba gaya ini. Tanpa perlu ke salon, cukup dengan hanya aksesori seperti headband, anda sudah cukup manis sekali!
3. Twist It!
Tambah cantik jika kamu buat kerinting besar menggunakan curling iron. Selepas itu, ambil dua bahagian rambut depan dan pintal ke arah belakang. Seterusnya, ikat sisa rambut yang dipintal menggunakan aksesori rambut.
4. Cutting Bobs
Bosan dengan rambut panjang? Cuba lakukan potongan rambut seperti di atas. Simple dan stailo! Dengan menggunakan curling iron, penampilan anda terus kelihatan berbeza.
5. Low Buns
Berkunjung ke rumah saudara yang jauh kadang-kadang melelahkan dan rambut pun boleh rosak di jalan. Untuk mengelakkan rasa ‘stress’ di jalan, pilihlah tatanan rambut yang simple dan tahan lama seperti low buns.
6. Side Ponytail
Ponytail ke belakang, dah selalu sangat. Cuba gayakan side ponytail pula. Untuk menghadiri majlis di malam hari, cuba tambahkan aksesori seperti bunga ataupun hiasan kristal, ini akan membuat rambut lebih elegan.
Sumber : fimela.com