Tiga hari karnival diadakan oleh Hong Kong China Dragon Boat Association (HKCDBA), dianjurkan bersama oleh Hong Kong Tourism Board (HKTB), dan ditaja oleh Mega Events Fund merupakan salah satu acara musim panas paling hangat.
Sesuai dengan tema kempen musim panas, ‘SHOP EAT PLAY’, karnival tiga hari ini adalah satu peluang besar untuk pengunjung dan penduduk tempatan merasai keseronokkan tanpa henti di dalam air dan di darat.
Karnival ini mengetengahkan sejumlah 4000 pekayuh atlet perahu naga yang terbaik di dunia, apatah lagi dua program utama iaitu CCB (Asia) Hong Kong International Dragon Boat Races, yang berlaku di Victoria Harbour, dan San Miguel BeerFest di UC Centenary Garden, East Tsim Sha Tsui.
Bukan itu sahaja, bekas pesakit kanser payudara berasal dari Australia, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan United Kingdom juga turut bertanding dalam International Breast Cancer Survivor Championship semasa Hong Kong Dragon Boat Karnival yang diadakan pada 3 hingga 5 Julai 2015.
Temu bual eksklusif bersama Ms Irene Chui-Seetoh, (Captain, BCF Paddlers in the Pink) salah seorang peserta dari International Breast Cancer Survivor Championship semasa Hong Kong Dragon Boat Carnival 2015.
1. Apa inspirasi anda untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dragon boat? Apakah matlamat anda untuk menyertai perlumbaan tersebut?
Saya mendapat tahu mengenai perlumbaan, padahal kami telah mengambil bahagian dalam International Breast Cancer Paddlers’ Commission (IBCPC) Festival in Sarasota (Oct 2014) dan berkongsi berita dengan pasukan yang sangat teruja dan yakin untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan ini. Pendayung bertanggungjawab dan komitmen adalah jangkaan asas kami. Dragon boat adalah sukan pasukan, tidak ada pemain bintang dalam sukan ini, semua orang dijangka melakukan tahap terbaik. Going In strong dari awal dan Finish it like a Hulk!
2. Apakah pengalaman anda bekerja dengan survivor lain? Adakah terdapat satu ikatan yang kuat serta-merta?
Ia adalah sangat menyenangkan untuk bertemu rakan-rakan dari UK dan Australia dan sudah tentu juga pasukan HK.
3. Apa yang anda perlu lakukan bagi persiapkan diri untuk pertandingan ini?
Dua kali seminggu (Sabtu dan Ahad atau malam hari minggu). Kami sentiasa memberi tumpuan kepada kepentingan bersenam setiap hari dan makan dengan baik yang membawa kepada perlumbaan. Race visualization merupakan satu lagi elemen untuk prep perlumbaan juga.
4. Mungkin anda boleh berkongsi kepada kami moment terbaik ketika menyertai pertandingan Dragon Boat?
Saatterbaik adalah ketika melintasi garisan penamat dan memenanginya, selain keakraban dan bertemu mangsa-mangsa baru dari negara lain.
5. Selain Dragon Boat, apa cara lain atau platform yang anda cadangkan untuk kesedaran kanser payudara?
Dragon Boat selain meningkatkan keyakinan kami sekali lagi selepas kanser, ia juga membina semula kedua-dua kekuatan mental dan fizikal kita. Yang penting adalah “floating support”, di mana semua mangsa bertemu dan bercakap dengan lingo yang sama seperti kita semua dalam perahu yang sama! Saya rasa berjalan kaki, berlari atau Zumba akan menjadi platform lain untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara.
Terima Kasih!