Jika sebelum ini kita semua sudahpun melihat reaksi orang Korea apabila melihat selebriti wanita tempatan, kini giliran selebriti lelaki pula dipertontonkan menerusi sebuah klip video yang dimuat naik oleh KoreanStarTV.
Klip video bertajuk Korean Reaction Season 2 itu nyata mendapat perhatian ramai kerana beberapa artis lelaki di Malaysia telah dipilih untuk diketahui pandangan orang Korea terhadap mereka selain meneka umur artis-artis berkenaan.
Antara artis popular yang dipilih adalah Fahrin Ahmad, Hans Isaac, Alex Yoong, Aaron Aziz dan Azlan Iskandar.
Ditanya mengenai siapakah yang popular di Malaysia, rata-rata daripada mereka memilih Azlan Iskandar dan Alex Yoong berdasarkan imej selebriti tersebut yang dilihat menerusi komputer riba.
Saksikan gelagat serta telatah lucu orang Korea ini apabila melihat selebriti-selebriti tanah air yang sensasi menerusi pautan video di bawah:
[Sumber]