Tandakan 6 Ogos pada kalendar anda! Ini kerana Jackson Galaxy atau lebih dikenali sebagai ‘Cat Daddy’, yang merupakan hos rancangan terkemuka Animal Planet “MY CAT FROM HELL“, akan berada di Malaysia pada tarikh tersebut!
Dalam kunjungan seharinya itu, Jackson akan mengacarakan satu sesi tunjuk-dan-buat secara langsung, jam 7 petang di Sunway Pyramid, untuk menerangkan mengenai kelaziman tingkah laku buruk kucing serta berkongsi petua untuk memberikan jagaan terbaik buat kucing peliharaan anda. Pelbagai aktiviti sampingan menyeronokkan untuk semua usia seperti pondok foto dan permainan berperingkat akan diadakan sepanjang hari dari jam 11 pagi hingga 8.30 malam.
Bukan itu sahaja, peminat-peminat siri rancangan berkenaan – terutamanya mereka yang gemar ‘berselfie’ – bakal berpeluang memenangi sepasang tiket untuk menyaksikan Jackson secara langsung. Untuk melayakkan diri, ia adalah semudah dengan hanya merakam gambar selfie bersama kucing kesayangan anda lalu poskan ke laman Facebook Animal Planet Asia dengan hashtag #APCatfie. Jangan lupa juga mengirim soalan berhubung kucing anda di apa jua platform media sosial berkaitan kerana ia mungkin perkara yang dibincangkan pada hari acara nanti. Pelbagai aktiviti menghiburkan dan peluang memenangi hadiah yang ditawarkan Animal Planet menanti anda.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila layari www.discoverychannelasia.com. Sekumpulan 150 pendaftar pertama untuk setiap persembahan akan menerima beg cenderahati MY CAT FROM HELL.
Tayangan perdana musim baharu MY CAT FROM HELL adalah pada Rabu, 29 Julai jam 10 malam di Animal Planet (Saluran Astro 556). Berbekalkan lebih 15 tahun pengalaman dan teknik latihan terbukti yang ditimba sepanjang penglibatannya dalam kerja mengendalikan pusat perlindungan haiwan dan khidmat perunding peribadi, Jackson telah menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk membantu tuan pemilik kucing mengatasi kesulitan yang dialami mereka. Kepakaran Jackson ditagih bagi menangani sifat agresif melampau yang dimiliki haiwan peliharaan mereka itu.
Matlamat Jackson hanyalah satu, iaitu cuba menyakinkan pemilik daripada berputus asa dan mengelakkan mengeruhkan lagi keadaan pusat perlindungan haiwan yang sudahpun sesak.
Jadi bagaimanakah Jackson menemui sentuhan luar biasanya dengan kucing?
Segalanya bermula sewaktu Jackson bertugas di sebuah pusat perlindungan haiwan pada suatu malam. Guruh berdentum kuat pada ketika itu menyebabkan kucing-kucing di situ tidak berhenti mengiau. Namun, Jackson berjaya menenang dan menidurkan mereka. Kebolehan luar biasanya itu telah melayakkannya mendapat jolokan “si pendengar kucing” dan “pakar tingkahlaku kucing” oleh peminat-peminat rancangannya. Ramai yang merujuk kepadanya untuk mendapatkan nasihat yang berkesan untuk memperbaiki hubungan dengan haiwan peliharaan mereka.
Musim ini, kemahiran Jackson sekali lagi diuji apabila berdepan kucing-kucing yang menggerunkan! Salah seorang klien ialah model dan bintang media sosial Adrianne Curry yang merupakan pemilik kepada seekor kucing bermasalah, Billy Shears. Tidak hairan mengapa Adrianne pening kepala. Bukan sahaja gemar bermain dengan najisnya sendiri mahupun mengiau sepanjang malam, Billy juga suka mencarik-carik hiasan seni klasik tahun 1920 di apartmen pemiliknya. Saksikan juga bagaimana Jackson manyahut cabaran lain termasuk melatih anak kucing yang enggan menggunakan ‘litter box’ (tandas berisi pasir dalam kotak), di samping kucing yang obses menjilat orang dan kucing liar bergigi taring yang menakutkan!
Dengan membawa bersama sarung gitar signatur yang tersimpan kelengkapan mengajar dan alat permainan kucing, Jackson sentiasa bersedia membantu klien-klien beliau dan membantu menyelesaikan ‘malapetaka’ yang dibawakan kucing mereka dalam rancangan MY CAT FROM HELL.
Episod akan diulang tayang pada setiap Khamis, pada 9:45 pagi dan 3:15 petang, Sabtu pada 10:40 pagi dan 5:05 petang, dan Ahad pada 11:35 pagi, kesemuanya hanya di Animal Planet (Saluran Astro 556).