Koleksi Crosstown oleh Timberland menonjolkan beberapa pakaian yang bersesuaian dengan transformasi musim luruh ke musim sejuk.
Konsep koleksi pada kali ini semuanya tentang material yang ringan serta menepati pemakaian di pejabat mahupun ketika menikmati keindahan pada musim luruh.
Pernukaran musim ini sudah menjadi di luar jangkaan, jadi kita perlu bersedia dengan pemakaian yang bersesuaian serta bergaya mengikut musim.
Ikuti koleksi oleh Timberland ini untuk anda memenuhkan pakaian almari dengan pelbagai rekaan yang menarik dan menepati musim-musim tertentu!
Bagi para lelaki:
Timberland memberikan sentuhan kontemporari untuk fesyen lelaki pada kali ini. Blazer dipadankan dengan Chukka, kasut ‘low-height’ ini diperbuat daripada material suede yang ringan dan kulit menyenangkan para lelaki untuk tampil bergaya dari siang ke malam.
Masih lagi menggunakan kasut Chukka, gaya kali ini sangat sempurna dengan penukaran pada musim ini! Kasut water-resistant ini dipadangkan dengan seluar yang berwarna medal bronze pasti akan memikat hati wanita yang suka akan stail seperti jejaka ini.
Bagi para wanita:
Jaket ‘bomber‘ dengan material yang ringan ini merupakan peneman anda bagi setiap masa. Dengan teknologi kalis air serta warna biru cerah serta hitam sesuai dipadankan dengan denim bagi menonjolkan ‘masterpiece‘ ini!
Gaya terakhir daripada Timberland ini sangat simple dan ideal untuk hari yang sejuk. Direka dengan premium wool, cardigan ini dipadankan dengan 2-way shirt serta sneaker kulit ini memberikan keselesaan yang hangat di badan anda.
Nantikan koleksi Timberland akan datang!