Siapa kata wanita hamil tidak boleh bergaya? Mungkin ada diantara bakal-bakal ibu yang merasakan kurang berkeyakinan dalam berfesyen, apatah lagi apabila perut mereka makin membesar dan menonjol. Tidak mungkin anda yang hamil akan terus tidak terurus selama sembilan bulan, bukan?
Seiring dengan masa, pasaran fesyen kini lebih terbuka dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menyerlah dengan pakaian mereka. Pakaian untuk wanita hamil turut tidak ketinggalan. Hakikatnya, wanita-wanita hamil masih boleh tampil menarik dan bergaya dengan pakaian yang biasa dipakai, atau mix and match mengikut kesesuaian dan keselesaan diri mereka.
Seperti di bawah, kami tampilkan beberapa inspirasi stail jalanan wanita hamil yang cukup ringkas, namun tetap bergaya.
[Sumber]