LINE, peneraju utama platform kehidupan, mengumumkan pelancaran global B612 versi Windows Phone, aplikasi kamera terunggul yang dicipta khas untuk selfie.
B612 yang pada mulanya dilancarkan di platform iOS dan Android, meraih populariti sejagat, mencatatkan lebih 50 juta muat turun di seluruh dunia (sehingga Mei 2015). Aplikasi ini menduduki tangga nombor 1 bagi kategori fotografi dalam Google Play Store di 16 negara, pada masa sama menduduki tangga teratas kategori foto dan video dalam App Store di 31 negara.
Di Malaysia, B612 bukan sahaja mendapat tempat sebagai aplikasi fotografi paling digemari pengguna, malah ia turut menduduki ranking ke-5 aplikasi serta kategori keseluruhan Google Play Store.
B612 menawarkan pelbagai fungsi yang dinamik untuk dinikmati oleh penggemar selfie, termasuk foto, video dan 18 fungsi kolaj yang mudah untuk digunakan serta 78 filter yang mudah ditukar ganti, semuanya dihujung jari anda. Hanya dengan menyentuh skrin untuk mengambil selfie dan video ianya telah mencetuskan ‘fenomena B612’ di seluruh dunia.
Memandangkan aplikasi ini sekarang sudah boleh didapati di semua platform telefon pintar utama, B612 akan terus menawarkan fungsi yang tercanggih dan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan penggunanya dapat terus merakamkan detik selfie terindah.
Link berguna:
- Homepage LINE
Mobile: http://line.naver.jp/app/en/
- Untuk Rakan Kongsi LINE
http://line.naver.jp/partner/pc/index/en
- Laman Facebook LINE Malaysia
http://www.facebook.com/line.malaysia
- Laman Blog Rasmi LINE
- YouTube Rasmi LINE