Movie Animation Park Studios (MAPS), Perak merupakan antara projek paling unik dan mengujakan yang sedang dibangunkan dalam landskap hiburan santai dan pelancongan di Malaysia.
Ia bakal meliputi lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia, pertunjukan aksi kereta secara siaran langsung dan pelbagai makanan dan minuman, serta kedai-kedai menarik.
MAPS memenuhi tarikan sekeluarga dan pengunjung daripada semua peringkat umur serta direka mengikut cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Terkini, Movie Animation Park Studios (MAPS) menawarkan rakyat Malaysia ‘sekali seumur hidup’ untuk dilatih oleh Professional Stunt Trainer Cameron Ambridge yang dapat dilihat dalam Mad Max: Fury Road dan kini bekerja dengan Johnny Depp dalam filem Pirates of the Caribbean yang seterusnya.
Bakal menunjukkan aksi ‘live’, Stunt Legends akan menjadi tarikan di MAPS dan pertunjukan ‘wajib tonton’ untuk semua orang yang datang berkunjung ke taman tema. Stunt Legends akan mempamerkan 4 kereta lagak ngeri, 2 motosikal lagak ngeri dan pelakon lelaki aksi melampau dan wanita melakukan aksi mendebarkan, memandu ketepatan dan aksi menunggang dalam 30 minit persembahan adrenalin di dalam tempat yang memuatkan sebanyak 2,000 tempat duduk di arena.
Jadi adakah anda bersedia untuk menjadi sebahagian daripadanya? Lawati www.mapsperak.com.my untuk memohon Stunt Training Academy yang akan bermula dari 6 Julai 2015. Untuk info lanjut, anda boleh ke facebook.com/mapsperak.