Jenama kasut dari Denmark yang popular iaitu ECCO telah menambah tiga koleksi iaitu SOFT 7, CHIC AESTHETICS, WINTER BUSINESS dengan gaya yang minimal dan masih lagi mengikut aliran fesyen yang terkini.
CHIC AESTHETICS
Koleksi ini melahirkan wanita urban yang moden, intelektual dan independent. Dengan rekaan minimal Nordic, Chic Aesthetics sesuai digayakan di pelbagai tempat.
Rekaan kasut ECCO AKITA diinspirasikan oleh trend fesyen lelaki, dengan sedikit sentuhan yang sedikit kelainan dengan keperibadian asal Scandinavia. Rekaan yang ‘simple’ ini tampak eksklusif dengan material kulit yang bercorak.
ECCO GLADE crossbody boleh didapati dengan warna pada musim kali ini: Morillo. Beg kulit ini mudah untuk dibawa kerana panjang beg boleh diubah mengikut keselesaan anda. Ecco Glade ini boleh digayakan dari pagi hingga ke malam hari.
WINTER BUSINESS
Gaya semi-casual Nordic tampak professional dan sesuai pada musim sejuk. Dipadankan dengan knitted sweaters, blazer, seluar wool, tie dan beg laptop yang elegan tampak simple dan ranggi pada masa yang sama.
ECCO FARO menampilkan rekaan beg yang selesa dalam masa yang sama menonjolkan gaya yang elegan. Material kulit yang lembut dan mudah dipasang dan dibuka ini sesuai untuk digayakan ketika ke kerja mahupun majlis.
ECCO FINDLAY menggabungkan teknologi dan gaya Scandinavian dalam rekaan boot. Rekaan ini ideal dengan lelaki yang mahukan kesenangan di dalam kehidupan sehariannya.
SOFT 7
Kombinasi material kulit dan tapak yang lembut menampilkan gaya yang ‘laid-back’, cool dan urban tetapi masih lagi dalam zon selesa anda!
Selain itu, ECCO juga melahirkan koleksi beg dikategorikan sebagai Black Business.
Jika anda ingin mendapatkan koleksi ECCO, anda boleh berkunjung di tempat yang berikut:
- THE GARDENS MIDVALLEY Lot No. S-226D, Aras 2, The Gardens Mall, Mid Valley City, KL. Tel: 03-2282 4381
- SURIA KLCC Lot 308G, Aras 3, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 KL. Tel: 03-2166 0892
- PAVILION Lot 5.30.00, Aras 5, Pavilion KL, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 KL. Tel: 03– 2110 3235
- IOI City Mall G-58A, Aras G, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502, Putrajaya, Sepang, Selangor. Tel: 03-8328 0400
- GURNEY PARAGON (UNITY) Lot G.29B, ArasG, Gurney Paragon Mall, 163D-1-29B, Persiaran Gurney, 10250 Pulau Pinang. Tel: 04-226 4921
- DATARAN PAHLAWAN G-042, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.Tel: 06-282 1431
- PARKSON SUBANG PARADE, PARKSON ONE UTAMA, PARKSON GURNEY PLAZA, PARKSON PAVILION, PARKSON NU SENTRAL, PARKSON KLCC, ISETAN KLCC