Gaji seorang pekerja warga Bangladesh melebihi RM5,000 menyebabkan ramai warga media sosial yang terkejut. Hal ini apabila sekeping slip gaji milik seorang pekerja asing itu tersebar di laman sosial.
Slip gaji tersebut memaparkan jumlah keseluruhan gaji sebulannya berjumlah RM5241! Gaji pokok pekerja terbabit ialah RM900 namun jumlah tersebut berganda apabila ditambah dengan elaun dan bayaran kerja lebih masa. Bayaran kerja lebih masa sahaja berjumlah RM1734.
Warga media sosial kebanyakan bersetuju gaji yang dibayar setimpal dengan penat lelah individu terbabit. Ini berdasarkan fakta kebanyakan pekerja asing bekerja 26 hari sebulan dengan waktu bekerja kira-kira 10 hingga 15 jam sehari.
Astro Awani