Syarikat barangan elektrik, Philips memperkenalkan siri pencukur elektrik terbaharu keluarannya, BikiniGenie Trimmer dan Body Groomer memberi kualiti cukuran yang kemas dan bersih.
“Sekarang, sudah ramai yang mula mengambil berat tentang penampilan dan kesihatan badan mereka sendiri. Dengan ini, kami mencipta pencukur elektonik yang direka khas atas sebab tersebut khas untuk lelaki dan wanita,” Kata Pengurus Besar Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel.
Terdapat pelbagai cara untuk membuang bulu di badan anda, sama ada dengan rawatan wax, laser ataupun elektrolisis. Kos rawatan tersebut boleh melebihi kemampuan dan jika tidak dilakukan oleh pakar, kemungkinan besar anda akan mengalami iritasi di badan anda.
Dengan adanya dua produk baharu Philips ini, anda boleh menjaga badan anda dengan harga yang berpatutan!
Philips Bikini Genie Trimmer
Wanita berkulit sensitif perlukan penjagaan yang rapi terutama sekali ketika mencukur. Terdapat dua siri model iaitu BikiniGenie BRT381 yang mengandungi 1 click-on comb manakala BRT383 didatangi dengan shaving head mini dan 2 click-on combs.
Produk ini khas untuk wanita dan diimprovasi untuk mengekalkan penjagaan rapi di bahagian bikini. Gajet ini membenarkan penjagaan ini dilakukan sendiri tanpa sebarang kecedaraan ataupun luka.
Philips Body Groomer
Lelaki juga inginkan penjagaan kulit yang rapi ataupun melicinkan kulit bebas daripada sebarang rambut.
Terdapat beberapa contoh artis yang menjaga kulit mereka bebas daripada sebarang rambut, antaranya David Beckham dan perenang-perenang wakil negara.
Ini merupakan contoh yang ideal dan produk baharu Philips Body Groomer BG1024 dapat menjadikan impian anda menjadi realiti.
100% produk kalis air, gajet ini memberikan ketahanan yang ideal untung digunakan pada setiap hari.
Harga dan Tawaran
Philips Body Groomer dan BikiniGenie Trimmer boleh didapati di Philips Brand Store di Pusat Membeli-Belah Publika, kedai-kedai barangan elektrik, gedung-gedung utama di seluruh negara serta di www.blipmy.com.
- Pencukur Philips Body Groomer ditawarkan pada harga RM109
- Pencukur PHilips BikiniGenie trimmer siri BRT381 dan BRT383 ditawarkan pada harga RM109 and RM129 seunit.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web http://www.philips.com.my.