Chocolate wax yang dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit telah mendorong ramai orang untuk bertukar daripada cara pisau cukur kepada wax ini bagi menanggalkan bulu-bulu di badan. Ia mengandungi bahan semulajadi yang mempunyai banyak manfaat kepada tubuh.
Namun, ini bukanlah coklat yang biasa ada di rumah. Istimewa mengenai chocolate wax ialah, meskipun bahannya terdiri daripada bahan lilin, namun kita tidak akan berasa panas ketika meletakkan ia pada kulit. Bukan itu sahaja, kadar pertumbuhan rambut pada kulit juga dikatakan lebih lama iaitu sekurang-kurangnya 15 hari berbanding wax biasa.
Ia juga boleh didapati dalam pelbagai perisa yang menarik seperti coklat putih, coklat gelap, pisang dan juga oren! Perisa-perisa bertujuan untuk memberikan rawatan aromatik, dan juga berkesan dalam menghapuskan rambut-rambut halus terus dari akarnya.
Selain itu, minyak atau pati yang terkandung di dalam chocolate wax mampu memerangkap kelembapan di dalam lapisan kulit, malah dikatakan membantu melembutkan kulit ketika proses wax dilakukan.
Jika anda ingin mencubanya di rumah, terdapat beberapa panduan asas yang perlu dipatuhi iaitu:
- Pastikan anda dapatkan chocolate wax dari pengeluar yang dipercayai.
- Sapu dengan lapisan yang nipis kerana hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mendapatkan hasil yang efektif.
- Jangan sapu wax pada tempat yang sama berulang kali. Ia akan menyebabkan iritasi pada kulit sensitif.
[Sumber]