Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah terulung di Malaysia mengadakan sambutan ulang tahun ke-4 Tokyo Street. Acara gilang gemilang ini menyaksikan penampilan ikon popular Jepun – Chibi Maruko Chan di Malaysia. Chibi Maruko Chan adalah manga dan siri televisyen Jepun yang terkenal yang menggambarkan kehidupan sehari-hari seorang gadis muda dalam menggalakkan hubungan persahabatan dan keluarga.
Sambutan ulang tahun ini telah dirasmikan oleh Puan Sri Cindy Lim, Deputy Chairman of Pavilion Kuala Lumpur dan His Excellency Makio Miyagawa, Ambassador of Japan.
Ms Joyce Yap, Chief Executive Officer of Retail berkata, “Dalam masa empat tahun, Tokyo Street telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi semua perkara Jepun. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan pelanggan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan ulang tahun ini bersama ikon Jepun terkenal, Chibi Maruko Chan. Ia sentiasa menjadi matlamat kami agar Tokyo Street menjadi teras aktiviti kemasyarakatan dan pertukaran budaya. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Jepun, organisasi utama, NGO, penyewa dan pembeli setia atas sokongan mereka yang berterusan.”
Sambutan ulang tahun berlangsung dari 29 Julai sehingga 9 Ogos. Sepanjang tempoh ini, pengunjung boleh melawat Tokyo Street untuk menikmati permainan Jepun yang asli dan makanan. Hadiah dari Tokyo Street untuk dimenangi jika anda belanja sebanyak RM150 di Tokyo Street atau RM300 yang dibelanjakan di kedai khusus.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh:
- Hubungi Pavilion Kuala Lumpur’s Concierge at 03 2118-8833
- Facebook http://www.facebook.com/
PavilionKL - Twitter @Pavilion_KL
- Instagram @PavilionKualaLumpur
- LINE @PavilionKL