HTC telah mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaru mereka iaitu HTC One E9+: telefon pintar ringan, canggih dan sofistikated. Direka untuk individu yang dinamik dalam fikiran, HTC membawa warna-warna cerah untuk reka bentuk utama yang ikonik dengan HTC One E9+.
Dari segi penawaran, HTC One E9+ ini menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi 2K WQHD. Selain itu, peranti ini menggunakan rekaan kerangka berasaskan polikarbonat, yang membolehkan pihak HTC mngurangkan sedikit harga kosnya, serta menawarkan beberapa ciri-ciri premium pada harga rendah.
Dari segi spesifikasi lain, One E9+ dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek HelioX10 64bit 2.2Ghz, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad mikro-SD. Bagi tujuan rakaman gambar, HTC One E9+ dilengkapi dengan kamera belakang 20-megapixel dengan lensa f/2.2 serta menyokong rakaman video 4K. Bagi rakaman hadapan pula, HTC mengekalkan penggunaan lensa HTC Ultrapixel.
Peranti dengan sokongan dwi-SIM ini turut dilengkapi HTC Sense terkini yang membawakan beberapa ciri-ciri pintar, termasuk sebuah widget khas, HTC Blinkfeed yang dikemaskini serta sokongan tema untuk mengubah pengalaman penggunaan peranti. Fungsi HTC BoomSound turut disertakan untuk penawaran audio yang baik menggunakannya.
Harga Peranti & Ketersediaan
HTC One E9+ dual sim datang dalam Gold Sepia dan Classic Rose Gold, dengan 32GB ruang penyimpanan dan memori diperkembangkan sehingga 32GB penyimpanan microSD. Peranti ini boleh didapati sekarang dengan harga pasaran RM1,899.
[Sumber]