Hilton Kuala Lumpur telah mengumumkan penyertaannya dalam Sustainable Seafood Festival dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature-Malaysia (WWF-Malaysia), disamping beberapa buah hotel Hilton Worldwide di Malaysia termasuk DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya dan Hilton Kuching.
Pesta ini membawa restoran on board, hotel, peruncit dan pembekal di Malaysia untuk sama-sama meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pilihan makanan laut yang mampan dalam kalangan orang awam.
Dari sekarang sehingga 17 Ogos 2015, hotel Hilton Worldwide di Malaysia menyediakan beberapa siri promosi makanan yang memaparkan pilihan makanan laut mampan di restoran mereka untuk meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan makanan laut secara bertanggungjawab dalam kalangan pengguna di Malaysia.
Mesej utama WWF-Malaysia adalah “Kita boleh mengambil hasil tangkapan yang tepat untuk mengurangkan kesan pengambilan makanan laut dengan biodiversiti marin. Untuk menjaga lautan Malaysia penuh dengan kehidupan untuk generasi akan datang, perniagaan dan pengguna di Malaysia perlu menyokong Marine Stewardship Council (MSC) and Aquaculture Stewardship Council (ASC) untuk mengubah pasaran makanan laut,” kata Chitra Devi, Senior Sustainable Seafood Officer, WWF-Malaysia.
Berpandukan WWF-Malaysia, chef restoran mencipta menu promosi khas menggunakan item makanan laut mampan yang disahkan oleh Marine Stewardship Council (MSC) and Aquaculture Stewardship Council (ASC). Acara kemuncak Sustainable Seafood Festival di Graze oleh Hilton Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut mengenai Sustainable Seafood Festival di Malaysia, sila layari www.saveourseafood.my.
Graze, Aras 5 (Mezzanine)
Dibuka setiap hari
Makan Tengahari : 12.00pm – 2.30pm
Makan Malam : 6.30pm – 10.30pm
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Dining Reservations di talian +603 2264 2596 atau layari www.life.hiltonkl.com untuk maklumat lanjut.