Genting Resort Secret Garden, rumah kepada Snow Park Genting, telah menjalin kerjasama dengan Ski Malaysia, persatuan ski dan snowboard Malaysia.
Dengan Ski Malaysia yang dijangka akan mengumumkan senarai pasukan dan jadual pertandingan tidak lama lagi, gabungan itu akan menyediakan kemudahan latihan FIS dan cerun berkualiti Olimpik, penting bagi sebuah negara bukan musim sejuk seperti Malaysia. Genting Resort Secret Garden berharap dengan peluang itu, atlet dari negara-negara bukan musim sejuk akan mempertimbangkan mempelbagaikan sukan, mengetahui bahawa terdapat kemudahan bertaraf dunia untuk sukan musim sejuk seperti di Genting Resort Secret Garden.
Genting Resort Secret Garden telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai peringkat acara sukan bersalji, terutamanya sebagai sebahagian daripada litar Far East Cup, litar perlumbaan ski Alpine yang juga melawat Jepun dan Korea Selatan, menarik pemain ski elit dari seluruh Asia.
Terletak di Lembah Chongli, resort ski setinggi 2,110m itu menyediakan pelbagai lereng untuk semua peringkat, dengan masing-masing mempunyai merit sendiri, sesuai untuk pemain ski rekreasi dan kompetatif.
“Perkongsian strategik antara Ski Malaysia dan Genting Resort Secret Garden akan melonjakkan bakat ski Malaysia ke peringkat global dengan membolehkan mereka berlatih untuk Sukan Olimpik pada padang latihan bertaraf dunia,” Datuk Lim Chee Wah, Pengerusi Genting Resort Secret Garden.
Info lanjut: www.skimalaysia.net