Satu siri foto yang diambil oleh seorang jurugambar, Ton Koene memperlihatkan kejadian atau realiti sebenar delivery man yang menggunakan pengangkutan motosikal di Vietnam. Ia mampu membuatkan anda terkejut! Mana tidaknya, kejadian seumpama ini tidak biasa dilihat di negara kita. Malahan, pelancong-pelancong yang berkunjung ke Vietnam turut kagum dan tertanya-tanya apabila melihat betapa gigihnya delivery man mereka membawa dan menghantar pelbagai barangan.
Barang-barang yang dibawa mereka dengan hanya menaiki motosikal buruk bukanlah barang yang biasa; dari makanan, bunga, pokok sehinggalah kayu balak dan ikan hidup turut dibawa oleh delivery man di Vietnam!
Agak-agaknya barang apa lagi yang boleh dibawa mereka menggunakan motosikal lama mereka itu?
[Sumber]