Pancake atau lempeng merupakan sarapan pagi yang sangat ideal, terutama sekali di Barat. Disebabkan i sudah menjadi kegemaran orang di sana, mereka memberikan sentuhan yang kreatif dan mula membuat adunan pancake mengikut karakter kartun yang sedia ada!
Tiger Tomato dikelolai oleh seorang bapa dan anak dengan muat turun video seni pancake-nya. Berasal dari Melbourne, Australia pasti dapat mencuti hati anda dengan apa yang mereka lakukan. Antaranya pancake yang telah dibuat oleh mereka ialah:
1. Minion
2. Angry Birds
3. Aiskrim Pelangi
4. Pikachu
Hanya dengan beberapa bahan seperti botol, adunan pancake, spatula, pewarna dan kuali nipis.
Apa yang buat pancake mereka ‘istimewa’? Senang sahaja! Mereka menggunakan variasi warna merupakan salah satu faktor menarik perhatian dari yang kecil sehingga dewasa!
Mari tonton pautan video dibawah, di mana Tiger Tomato memasak pancake Elsa yang merupakan salah satu karakter di dalam filem Frozen! Video ini sudah mencecah dua milion penonton.
Ingin tahu apa yang istimewa sangat? tekan butang ‘play’ dan selamat mencuba!