Kami yakin ramai dalam kalangan pembaca Wanista merupakan peminat kopi tegar, bukan? Jika sehari tak minum kopi tu, rasa tak lengkap hidup.
Selain menggunakan gula dan krimer, kami ingin kongsikan kepada anda 6 bahan lain yang boleh ditambah ke dalam kopi bagi menaikkan lagi rasa dan aroma yang enak. Jom tengok!
Kayu Manis
Langkah penyediaan Kopi Kayu Manis:
- Didihkan air dan masukkan 1 batang kayu manis sehingga suhu mencapai 100 darjah celcius, sehingga terbit bau aroma wangi kayu manis. Kemudian, kecilkan api sehingga 90 darjah celcius.
- Masukkan 1 – 1 ½ sudu makan serbuk kopi dan kacau sehingga rata selama 2 minit dengan api yang kecil. Letakkan sedikit gula jika anda gemar rasa yang manis.
- Matikan api dan tapiskan serbuk kopi menggunakan penapis air.
- Kopi Kayu Manis sedia dihidang!
Madu
Langkah penyediaan Kopi Madu:
- Campurkan 2 sudu kecil kopi dengan 300 ml air panas.
- Kemudian, tambahkan 2 sudu kecil madu dan gaul sehingga larut.
- Jika mahu lebih enak, boleh letakkan 4 sudu kecil whipped cream.
- Siap!
Lemon
Langkah penyediaan Kopi Lemon:
- Potong sebiji buah lemon dan perah jusnya.
- Masukkan serbuk kopi dan sedikit gula ke dalam air panas.
- Campurkan perahan air lemon ke dalam air kopi. Kacau sehingga rata.
- Kopi Lemon sedia untuk dihidang.
Coklat
Langkah penyediaan Kopi Coklat:
- Cairkan 50 gram coklat masak pekat.
- Setelah coklat tersebut cukup cair, kacau bersama 2 sudu kecil serbuk kopi, 250 ml susu cair dan gula mengikut citarasa masing-masing.
- Siap!
Pudina
Langkah penyediaan Kopi Pudina:
- Panaskan air dan masukkan air panas ke dalam gula dan serbuk teh.
- Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan daun pudina.
- Campurkan air panas bersama dengan gula dan serbuk kopi.
- Kacau dan hidangkan.
Daun Pandan
Langkah penyediaan Kopi Pandan:
- Panaskan air sehingga mendidih, racik daun pandan sehingga halus dan rendamkan dalam air tersebut.
Masukkan 1 sudu kopi, 1 sudu teh gula, 2 sudu krimer coffe-mate, dan tambahkan rendaman air pandan. Rasanya memang sedap dan baunya wangi semerbak!
[Sumber]