Bakal ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709), tiga “chef rumah” (home chefs) dari Malaysia akan beradu di edisi sulung pentas MasterChef Asia, rancangan pertandingan masakan paling berjaya di dunia. Mereka bukan hanya bertanding untuk diri sendiri, tetapi juga mewakili negara masing-masing dalam usaha untuk merebut gelaran utama MasterChef Asia.
Malaysia diwakili dengan bangganya oleh Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Bakal menjadi pesaing mereka bagi mendapatkan gelaran utama adalah chef-chef rumah lain dari negara Cina, India, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Vietnam.
Pemenang MasterChef Asia pertama bakal menerima buku masakan sendiri, hadiah wang tunai USD$50,000, pengalaman riadah unik di Singapura bernilai USD$10,000, perkakas rumah Panasonic bernilai USD$15,000, latihan amali berbayar di salah sebuah restoran Hotel Carlton Singapura dan penginapan selama seminggu di Disneyland Resort Hong Kong.
MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709).
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.