Siri kedua “Mamil® MomMe Saturday” yang berlangsung di hotel berprestij Eastern & Oriental Pulau Pinang dihadiri oleh 40 orang ibu yang berminat untuk mengetahui bagaimana nutrisi dan kesihatan penghadaman yang baik saling berkait untuk menghindari masalah kesihatan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak seperti sembelit.
Bengkel setengah hari yang bertema “Nutrisi untuk Kesihatan Penghadaman di Kalangan Kanak-kanak” ini juga menyaksikan penceramah jemputan Wendy Yeow Kim Sian, Pakar Pemakanan Klinikal dari Pusat Pakar Perubatan Loh Guan Lye, yang berkongsi tentang peranan nutrisi dalam membina kesihatan sistem penghadaman yang baik, dan juga bagaimana ia boleh membantu dalam proses tumbesaran kanak-kanak secara keseluruhannya.
Tambah beliau, panduan ini juga menekankan kepentingan minum air kosong yang mencukupi – kanak-kanak berusia antara 2-3 tahun harus minum 1-2 gelas air kosong sehari sementara yang berusia 4 tahun ke atas harus minum 6-8 gelas sehari.
Sistem penghadaman memainkan peranan penting dalam kesihatan dan tumbesaran seseorang kanak-kanak dari memastikan penyerapan nutrien yang baik serta membantu fungsi imunisasi. Sebenarnya, 70% daripada sel imunisasi terletak dalam sistem penghadaman, yang bertindak sebagai sebahagian daripada baris pertahanan pertama tubuh dan juga sebagai penghalang bakteria merbahaya.
Justeru itu, masalah penghadaman di kalangan kanak-kanak mungkin akan menjejaskan pertumbuhan mereka. Pada masa yang sama menyebabkan masalah sembelit dan masalah pembuangan air besar.
Untuk maklumat lanjut tentang Mamil® MomMe Saturday yang akan datang atau tentang Mamil®, sila layari www.mamil.com.my, www.facebook.com/DumexMamil atau hubungi Talian Pelanggan Mamil® 1800 38 1038.