Melihat kulit selebriti yang mulus tanpa cacat cela, pasti membuatkan kita tertanya-tanya apa rahsia disebalik kulit flawless. Selain rawatan mahal dan eksklusif, sebenarnya para selebriti punya kebiasaan rutin dalam menjaga kebersihan dan mengekalkan keremajaan kulit. Jika kamu mempunyai masalah kulit seperti kulit kusam, kering, berminyak atau berjerawat, tidak ada salahnya kalau kamu meniru rutin kecantikan yang dilakukan para selebriti Hollywood ini.
Dry Brush – Miranda Kerr mengaku memberus kulitnya yang masih kering sebelum mandi. Gunakan berus badan dan secara perlahan gosokkan ke seluruh tubuh untuk mengangkat sel-sel kulit mati dan meningkatkan peredaran darah sehingga kulit kelihatan lebih cerah.
Gunakan Bahan Makanan sebagai Masker Wajah – Selebriti, Zosia Mamet berkongsi rahsia kulit mulusnya hanya dengan campuran gula dan madu untuk menggosok kulitnya, boleh dapatkan kulit yang halus, lembut, dan lembab.
Selalu Pakai Moisturizer – Sudah jadi mantra wajib rutin kecantikan, fungsi moisturizer memang tidak boleh dilupakan. “Hal paling penting yang dilakukan untuk menjaga kulit tetap lembab dan sihat adalah dengan memakai moisturizer,” terang Kristian Stewart ketika ditanya mengenai rutin penjagaan kulitnya.
Pakai Produk Yang Sesuai dengan Jenis Kulit – Siapa sangka penjagaan kulit Mary Kate dan Ashley Olsen sangat mudah. Mereka mengaku hanya memakai produk dari satu brand sahaja yang memang sesuai untuk kulit mereka.
Rutin Eksfoliasi – Agar kulit tetap lembut dan bersih, Lea Michele memakai DIY skrub badan yang diperbuat daripada gula merah, garam, dan minyak zaitun. Dia bahkan membuat campuran skrub ini setiap kali mandi.
Face Spray – Sebagai penyelamat di waktu-waktu tertentu, Kristian Bell memakai face spray buatan sendiri untuk menyegarkan wajahnya. Kristen menjelaskan, dia akan membawa air mawar segar keman-mana sahaja. Penyediaan air mawar, hanya mencampurkan sedikit minyak pati mawar dan air lalu menyimpannya ke dalam botol spray.
SPF is a Must! – Ketika ditanya produk kecantikan apa yang tidak boleh ditinggalkan, Amanda Seyfried menjawab, “I always have on SPF!” Ya, SPF adalah perlindungan wajib terhadap sinar UV yang boleh membuat kulit berkedut.
Ais – Gabrielle Union punya cara unik dalam rutin kecantikan. Menenggelamkan wajah ke dalam air ais diakui dapat mengecilkan pori-pori kulit dan membuat kulit jadi lebih halus.
Selalu Cuci Muka – Jamie King menjelaskan walau penat dan malas, mesti cuci muka walau apapun yang terjadi. Tidur dengan mekap hanya memudaratkan wajah.
[SUMBER]