Ogos ini, ONE HD menyajikan dua drama terbaru iaitu Mrs. Cop’ dan ‘The Gang Doctor (Yong-Pal)’, yang akan ditayangkan 24 jam selepas ditontonkan di Korean (PPALI–PPALI).
Dua drama ini mempunyai persamaan iaitu kerja mereka memerlukan latihan serta uniform untuk dipakai.
Mari kita lihat drama yang bakal disiarkan sepanjang Ogos ini.
Mrs. Cop
Seorang pelakon handalan serta duta SK-II, Kim Hee-Ae (Secret Love Affair), dominasi watak sebagai ketua detektif. Dia merupakan detektif kelas pertama berjaya menyelesaikan setiap masalah yang rumit dengan cepat, tetapi tidak dapat menyelesaikan satu masalah ini, untuk berada bersama anak perempuannya.
Kim Min-Jong (A Gentleman’s Dignity) yang memainkan watak sebagai ketua bahagian jenayah kekerasan bersama rakan kongsinya, Kim Hee-Ae sudah hampir sedekad.
Adakah cinta akan berputik ataupun konflik akan muncul antara dua rakan ini? Teruskan menonton drama tersebut untuk ketahui dengan lebih lanjut!
Dibintangi : Kim Hee Ae, Kim Min Jong, Lee Da Hee ( I Hear Your Voice) dan Lee Gi Kwang (B2ST).
Tayangan : 4 Ogos 2015 | Setiap Selasa & Rabu | 8:55PM | ONE HD (Astro B. yond Saluran 393)
The Gang Doctor (Yong-Pal)
Dibintangi : Joo Won, Kim Tae Hee, Jo Hyun Jae (49 Days) dan Chae Jung Ahn (Cain and Abel).
Tayangan : 6 Ogos 2015 | Setiap Khamis & Jumaat | 8:55PM | ONE HD (Astro. B yond saluran 393)
PPALI–PPALI! Set kan televisyen anda kepada saluran ONE HD.