Sultan Perak Sultan Nazrin Shah merasmikan mesin x-ray digital baharu serta melawat bangunan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM).
Penaung Diraja itu juga menyempurnakan majlis penjenamaan semula sempena ulang tahun ke-50 NCSM tahun hadapan.
‘Cancer Action Malaysia’ merupakan satu daripada rancangan penjenamaan semula bermatlamat untuk mengembangkan rangkaian, salah satunya adalah dengan mewujudkan talian bantuan kepada pesakit serta orang ramai.
Kelahiran NCSM pada tahun 1966 ini, menyediakan perkhidmatan yang terkini di sekitar kawasan, melalui Cancer Screening & Health Clinic and Nuclear Medicine Centre.
NCSM menyahut cabaran tentang memperkenalkan kempen, dengan pembinaan tagline ‘Giving Hope, Celebrating Life’ memberikan pesakit harapan untuk teruskan perjuangan.
“Kematian adalah satu realiti kehidupan, tetapi ia tidak perlu menjadi satu-satunya realiti dan moto untuk dijadikan panduan sepanjang hidup. Ianya sangat menjatuhkan semangat mereka,” kata Presiden NCSM, Dr Saunthari Somasundaram.
Dengan itu, setiap tahun mereka menganjurkan program tahunan seperti Yellow Week dan Relay for Life yang meraikan pesakit kanser.
Program Relay for Life akan berlangsung pada 5 hingga 6 September ini. Program 48 jam ini bakal memberikan hiburan, aktiviti serta persembahan yang menarik. Untuk informasi lebih lanjut, layari http://relayforlifemalaysia.com/.