Biasa dengar tentang GrabCar? GrabCar adalah penawaran perkhidmatan dari aplikasi mudah alih MyTeksi. Ia merupakan satu perkhidmatan yang menawarkan anda semua faedah pemilikan kereta tanpa tekanan dan kerumitan.
Tetapi berita yang lebih baik menanti anda adalah sempena bulan kemerdekaan Ogos ini, MyTeksi menurunkan tarif GrabCar dengan diskaun sehingga 31%.
Itu bererti tarif hanya bermula dari RM1.40, biaya berikutnya pula RM0.58 per KM dan RM0.24 per minit, tarif minimum untuk GrabCar naik adalah RM7. Dibandingkan dengan teksi biasa (RM3 dasar tarif, biaya berikutnya RM0.87 per KM, RM0.29 per minit, tambahan RM2 melalui pemesanan telefon malah biaya tambahan lagi berlaku jika dibuat lewat tengah malam).
Kini dengan GrabCar, anda boleh memilih dari 2 jenis kenderaan yang akan memberi anda satu pengalaman yang selesa dengan harga yang berpatutan malah anda tidak perlu tertunggu-tunggu.
- Perkhidmatan GrabCar standard menggunakan model kereta ekonomi seperti Perodua Myvi, Toyota Vios atau Honda City.
- Versi premium GrabCar pula seperti Hyundai Sonata, Toyota Camry atau Honda Accord.
Aplikasi GrabCar boleh dimuat turun di Android, iOS, dan BlackBerry. Untuk maklumat lanjut, boleh semak di Facebook MyTeksi.