MAGIC FOR ALL, kolaborasi UNIQLO dan Disney Consumer Products mewujudkan magik Disney, aksi Marvel, pengembaraan Star Wars, kreativiti Pixar ke dalam kehidupan harian anda.
Seperti koleksi LifeWear oleh UNIQLO, mereka juga mula memperkenalkan produk baharu yang inovatif dengan paparan pop-up dan in-store serta dalam talian, untuk mewujudkan pengalaman yang pelbagai bagi pelanggan.
“Kami ingin merealisasikan impian orang ramai menjadi kenyataan,” kata Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Fast Retailing Co., Ltd, Tadashi Yanai.
“Syarikat Walt Disney bangga kerana berjaya menyampaikan pengalaman yang magikal kepada semua peringkat umur; sama ada dalam perfileman, runcit, taman tema atau di rumah,” kata Presiden Syarikat Walt Disney Asia, Paul Candland.
Pelanggan akan diperkenalkan kepada MAGIC FOR ALL di Ekspo D23, merupakan acara paling terbesar buat peminat Disney, yang akan dilangsungkan di Anaheim California, dari 14 hingga 16 Ogos 2015 ini.
UNIQLO akan membina kedai pop-up dan memperkenalkan rangkaian pertama bagi produk MAGIC FOR ALL, termasuk siri eksklusif UT, jaket Ultra Light Down dan sweatshirts.
UT edisi khas akan memaparkan rekaan seni oleh Ketua Pegawai Eksekutif Disney and Pixar Animation Studios, John Lassester serta patung Mickey yang diperbuat daripada fabrik lembut UNIQLO seperti fleece dan flannel.
Pengunjung juga dapat merasakan dunia MAGIC FOR ALL apabila kedai konsep di Shanghai akan dibuka pada hujung bulan September. Masih lagi di dalam pembinaan, ruangan pada tingkat lima ini akan dipenuhi dengan barangan tersebut.
Manakala, pada musim bunga tahun 2016, UNIQLO akan membuka kedai di Disney Springs, Lake Buena Vista, Florida. Kedai pertama ini bakal meletakkan pelbagai produk untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak yang akan memberikan fantasi serta magik Disney kepada mereka.