Jenama krim pencerah dan penjagaan kulit nombor 1 di Malaysia, Fair & Lovely kini lebih baik. Krim pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin baharu kini dengan formulasi pakar pencerahan yang terbukti keberkesanannya melalui kajian dan ujian pengguna untuk kecerahan kulit yang unggul.
Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin diinspirasikan daripada pakar rawatan pencerahan disediakan oleh pakar. Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin dicipta untuk membantu wanita dengan lima penyelesaian pakar pencerahan:
- Kecelaan Kulit – bagaikan rawatan laser
- Kulit Perang – bagaikan rawatan melicinkan kulit
- Kulit Kusam – bagaikan rawatan pengelupasan
- Lingkaran bawah mata – bagaikan rawatan antioksidan
- Pencerahan kulit – bagaikan masker bervitamin
Fair & Lovely terus menjadi krim pencerah dan pelembap wajah yang digunakan secara meluas dan semakin popular dalam kalangan wanita. Krim Pencerah Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin merupakan jawapan kepada cabaran kecerahan yang dihadapi oleh wanita Malaysia. Ia terbukti dapat memberikan hasil pencerahan terbaik dan menjadikan kulit wajah lebih berseri. Formulasi baharu mengandungi antioksidan, Vitamin E & C dan B3 yang berfungsi dalam proses pembaharuan sel kulit dan membantu kulit tampil cerah berseri.
Disarankan supaya krim Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin digunakan dua kali sehari – sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam selepas membersihkan wajah anda. Untuk hasil terbaik, gunakan pembersih wajah Fair & Lovely Multi Vitamin untuk membersihkan muka sebelum menggunakan krim Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin.
Formulasi terbaik Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin hadir dalam bentuk tiub dan pek kecil yang mesra pengguna bagi yang mengembara. Ia berharga RM 8.30 (50g) & RM 11.50 (80g) dan kini boleh didapati di semua peruncit utama, farmasi, pasar raya besar dan kedai runcit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Fair & Lovely, layari www.facebook.com/fairandlovelymalaysia.