Ramai yang masih tertanya-tanya tentang status agama dianuti aktor nombor satu Bollywood, Datuk Shahrukh Khan (SRK) apatah lagi beliau mengambil keputusan untuk menikahi isterinya, Gauri Chibber yang beragama Hindu pada 1991.
Bukan itu sahaja, sebuah madrasah di India pernah mengisytiharkan pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu murtad setelah beliau bertindak menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.
Namun baru baru ini, SRK mengejutkan para peminatnya apabila dilihat memegang seutas tasbih sambil mulutnya terkumat-kamit.
Beliau dilihat berbuat demikian ketika tiba di sebuah lapangan terbang selepas pulang dari penggambaran di Bulgaria.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah kali pertama SRK dilihat memegang tasbih kerana sekeping gambar yang diambil sebelum ini turut menunjukkan beliau berbuat demikian.
Pastinya tindakan itu mengejutkan banyak pihak, namun sebahagiannya memuji perubahan yang berlaku terhadap aktor tersebut.
Sebelum ini, SRK juga pernah meluahkan hasratnya untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah selepas usia anak-anaknya meningkat dewasa.
Sumber Berita: MYNEWSHUB.CC