Syarikat Walt Disney Asia kini mencari Disney Super Fans yang berpeluang untuk membintangi dalam kalendar 2016 SEA Walt Disney.
Peminat yang menunjukkan penghargaan terhadap Disney melalui cara pemakaian, cerita yang disaksikan mahupun menikmati makanan berpeluang untuk menghantar penyertaan ini.
Dengan menghantar gambar mereka sendiri, keluarga, atau kawan beserta 50 patah perkataan yang membuktikan bahawa mereka merupakan peminat tegar Disney di Asia Tenggara, mereka berpeluang untuk memenagi peraduan ini.
Penyertaan perlu dihantar di http://sea.disney.asia/superfan.
Pihak Disney akan memilih enam penyertaan yang kreatif secara keseluruhan dan usaha yang bakal memenangi pengambaran di Manilia, Filipina dan semua akan ditanggung oleh Disney!
Pemenang juga akan menerima hadiah ekslusif Disney dan salinan gambar berbingkai mereka.
Pertandingan bermula dari 1 hingga 17 Ogos 2015.