Dikenali sebagai ‘Cat Daddy’, Jackson Galaxy merupakan hos rancangan terkemuka Animal Planet ‘MY CAT FROM HELL‘, berkunjung ke sebuah kafe kucing di sini semalam.
Dalam temu-ramah ini, Jackson Galaxy berkongsi mengenai kelaziman tingkah laku buruk kucing serta berkongsi petua untuk memberikan jagaan terbaik buat kucing peliharaan anda.
Soalan yang ditujukan kepada ‘Cat Daddy’ ini adalah “Apakah beberapa petua untuk menjadi pemilik kucing yang terbaik?.”
Tanpa rasa janggal, beliau berkongsi lima petua bagi menjadi seorang pemilik kucing yang terbaik. Antaranya adalah:
1. Ingat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kucing
Belajar tentang asas menjaga kucing, anda boleh merujuk beberapa kaedah di buku, rancangan televisyen dan laman sesawang yang akan memberikan adan serba sedikit pengetahuan sebelum membawa kucing ke rumah anda.
2. Kucing tidak sebebas yang disangka
Apa yang dimaksudkan, anda tidak boleh dengan hanya meletakkan makanan atau minuman ke dalam bekas dan tinggalkan mereka selama 12 atau 14 jam mahupun 2 hari, anda menyangka mereka adalah binatang yang independant.
Kucing merupakan haiwan sosial, mereka sangat bergantung kepada teman dan ini perlu diingati!
3. Sensitif kepada perubahan rutin dan persekitaran
Pemilik boleh mengubah tempat asal perabot dan kucing akan rasa tertekan kerana seakan-akan kawasannya sudah diceroboh.
4. Memberi ruang kepada kucing
Lebih banyak kawasan atau permainan yang disediakan kepada kucing, lebih baik kerana perilaku sebegini adalah wajar dan menenangkan mereka.
Jika anda mempunyai kanak-kanak, selalu rujuk dan ingat akan konsep Catification. Catify rumah anda akan melahirkan kucing yang konfiden.
“Saya takut jika anak-anak dicakar oleh kucing selepas menarik ekornya, dan ianya normal sebab itu adalah tindakan semulajadinya, kucing itu akan memutuskan untuk mencari pemilik kucing yang baharu,” kata Jackson Galaxy.
5. Tetapkan komitmen
Sebelum ada sebarang penambahan ahli keluarga baharu, ingat bahawa anda adalah tempat untuk mereka selama-lamanya. Sama ada, makhluk dua atau empat kaki, ini merupakan keputusan sepanjang hidup.
Keputusan ini perlu dibuat dengan serius dan tidak boleh diambil mudah.
Berikut adalah beberapa petua yang diberikan oleh Jackson Galaxy.
Dengan membawa bersama sarung gitar signature yang tersimpan kelengkapan mengajar dan alat permainan kucing, Jackson sentiasa bersedia membantu klien-klien beliau dan membantu menyelesaikan ‘malapetaka’ yang dibawakan kucing mereka dalam tayangan perdana musim baharu MY CAT FROM HELL setiap Rabu, 10 malam di Animal Planet (Saluran Astro 556) sehingga 30 September 2015.
Episod akan diulang tayang setiap Khamis, pada 9:45 pagi dan 3:15 petang, Sabtu pada 10:40 pagi dan 5:05 petang, dan Ahad pada 11:35 pagi hanya di Animal Planet (Saluran Astro 556).
#APCatfie