Anda sukakan alat tulis yang comel dan berwarna-warni? Blackkiwi.Club di NU Sentral tempat terbaik yang boleh anda singgah bagi mendapatkan alat tulis ‘one-of-a-kind’ yang tidak dijual di tempat lain. Bayangkan alat tulis seperti banana pencil cases, screwdriver pens, chocolate calculators, nail polish highlighters dan pelbagai lagi. Bukankah ianya sangat comel?
Eksklusif direka dan dibuat di Hong Kong, produk-produk funky ini memberikan warna pada alatan sekolah ataupun meja kerja anda malah langsung tidak membosankan dan paling penting berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga berbaloi dan sangat berpatutan dari dari RM10 hingga RM200.
Untuk pengetahuan anda, produk baru akan dilancarkan setiap tiga bulan dan lebih daripada 100 item yang berbeza boleh didapati di Blackkiwi.Club. Kebanyakan produk dibuat daripada bahan-bahan seperti poliester, silikon atau plastik, dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur.
Difahamkan, Blackkiwi.Club merancang untuk memperluaskan capaiannya dengan membuka lebih banyak cawangan tidak lama lagi. Untuk melihat produk yang ditawarkan, boleh semak Facebook Blackkiwi Club.