“Hipster adalah golongan manusia yang sukakan pakaian, muzik, makanan dan aktiviti yang di luar kebiasaan masyarakat. Bak kata orang putih, di luar konteks social mainstream.” – The Vocket
Media sosial yang menjadi pilihan hipster adalah Instagram, kerana ia mudah bagi mereka untuk muat turun gambar yang mereka ingin kongsikan. Kebanyakan caption, berlainan dengan gambar yang dimuat turun, tapi tidak mengapa, masing-masing mempunyai pendapatnya yang tersendiri.
Jadi, terdapat 7 langkah untuk mendapatkan gambar ala-ala hipster, seperti di bawah ini:
Langkah 1:
Ambil gambar apa-apa sahaja, kerana hipster dikenali sebagai orang yang sangat versatil. Mereka memberikan makna dan menghidupkan sesuatu subjek ataupun perkara, termasuk gambar yang diambil sendiri.
Nampak kurang menarikkan gambar ini? Tidak mengapa! Ikuti langkah seterusnya untuk memberikan sedikit sentuhan bagi menghidupkan suasana di dalam gambar ini, dengan gaya ala-ala hipster.
Langkah 2:
Letakkan gambar anda dan edit di dalam aplikasi fotografi yang sedia ada! Kami mengesyorkan aplikasi seperti VSCO Cam dan SnapSeed.
Gambar yang diambil di atas, akan disunting menggunakan aplikasi VSCO Cam.
Langkah 3:
Langkah ini adalah permulaan bagi segalanya – proses suntingan. Mustahil pada zaman sekarang, orang muat turun gambar tanpa proses ini. #nofilter yang tertera di ruangan komen anda itu kemungkinan hanya muslihat semata-mata.
Pertama kali, potong gambar anda dan pastikan ia berada di tengah. Betapa pentingnya untuk mengikut hukum simetri. Kalau anda sangat teliti, mungkin langkah ini akan mengambil masa yang sangat lama.
Langkah 4:
Sekarang gambar anda sudah disunting, betulkan exposure dan kontra gambar ini.
Gunakan fungsi yang terdapat dalam aplikasi dengan berhati-hati, kerana anda pasti tidak mahu gambar anda kelihatan serupa dengan kertas hiasan dinding anda kan?
Langkah 5:
Kurangkan fungsi ‘saturation‘ di dalam gambar. Kalau dengan mengurangkannya tidak akan memberikan gambaran yang misteri dan diingini, tak tahu fungsi apa yang akan merealisasikannya.
Lebih rendah, lebih bagus.
Langkah 6:
Pilih filter untuk gambar anda. Pemilihan ini sangat penting, macam seseorang itu memilih pakaian yang bersesuaian dengan tempat dan majlis perlu dihadiri. Takkan nak pergi majlis perkahwinan orang dengan hanya mengenakan sliper dan seluar pendek, betul?
Filter HYPEBEAST merupakan fungsi yang digemari pengguna. Fungsi filter ini dapat menangkap visual aesthetic yang diperlukan oleh para hipster.
Jangan risau, fungsi itu PERCUMA di aplikasi VSCO Cam
Langkah 7:
Inilah masanya untuk anda muat turun gambar di Instagram! Gunakan ayat yang deep untuk diletakkan di ruangan keterangan gambar anda. Jangan lupa juga letakkan sekurang-kurangnya lima hashtag untuk mendapatkan pengikut dari serata dunia.
Sekarang anda sudah tahu langkah-langkahnya, praktikkan untuk capai hasrat anda untuk mendapat gambar ala-ala hispter ini!
[SUMBER]