Ketabahan menjadi perbezaan yang penting sama ada seseorang kanak-kanak itu akan berjaya atau gagal dalam perjalanan hidup mereka. Kepercayaan MILO® bahawa sukan ialah guru nilai-nilai hidup yang terbaik nyata menjadi pembakar semangat di sebalik usaha Juara Takkan Gentar MILO® (MILO® Champions Never Give Up) untuk bertindak sebagai sokongan kepada golongan ibu dan kanak-kanak.
Sikap positif adalah satu perkara kecil yang mampu memberi kesan besar. Inisiatif MILO® Champions Never Give Up menyentuh aspek asas pendidikan sukan secara lebih mendalam kerana menang bukanlah sekadar mencapai kemenangan yang mengujakan. Tetapi kanak-kanak yang belajar untuk bangkit semula daripada kegagalan akan memperoleh kemahiran hidup yang cukup bernilai.
MILO® berbangga kerana jenama ini telah berjaya menyempurnakan langkah-langkah penting dalam memacu perubahan sikap dalam kalangan rakyat Malaysia sejak 60 tahun lalu.
“Kami terus komited untuk memupuk nilai-nilai sukan. Ini kerana kami telah melihat sendiri testimonial-testimonial sebenar kuasa nilai-nilai sukan sepanjang usaha kami yang sudah menjangkau berdekad-dekad lamanya,” kata Pengarah Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlè Products Sdn. Bhd., Philomena Tan.
Tambah beliau lagi, “Sukan mampu memberi pengajaran yang positif kepada anak muda, sesuatu yang tidak diajar oleh buku di sekolah. Kami lihat kuasanya mampu memberi kejayaan kepada rakyat Malaysia seperti Datuk Santokh Singh, Ann Osman, Khairulnizam Afendy dan Welson Sim. Semangat Takkan Gentar adalah bukti dan amat penting dalam pencapaian mereka. Kita semua harus setuju bahawa amat penting untuk memiliki sikap yang betul sejak kecil lagi.”
Memandangkan hampir semua perkara sudah menjadi seperti satu pertandingan dalam masyarakat kita hari ini, semangat Takkan Gentar sememangnya cukup relevan. Jika anak-anak anda ingin berjaya dalam dunia yang sangat kompetitif ini, mereka perlu belajar bertahan dan tidak mengalah. Cukup mudah buat seorang kanak-kanak untuk melakukan kesilapan dan putus asa dengan cepat atau silap dalam mentafsirkan sesuatu kemenangan. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak pada zaman moden ini.
Aspek penting dalam kempen MILO® Champions Never Give Up ini adalah untuk menyedarkan ibu bapa bahawa mereka memainkan peranan penting dalam mendidik sikap positif dan tidak pernah mengalah terhadap anak masing-masing. Ibu bapa merupakan pembimbing anak-anak setiap masa; sokongan daripada ibu bapa sememangnya satu elemen yang amat diperlukan untuk kesejahteraan hidup anak-anak.
Semangat Takkan Gentar sentiasa wujud dalam MILO® menerusi usaha berterusannya untuk mendididik juara-juara muda dan memperkasakan mereka dengan nilai-nilai kehidupan. Setiap bulan, MILO® menganjurkan acara pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Bermula daripada kem-kem sukan yang menyeronokkan, pertandingan di antara sekolah sehinggalah kejohanan di peringkat kebangsaan.
Inisiatif MILO® Juara Takkan Gentar turut menyaksikan pelancaran satu siri realiti televisyen Takkan Gentar. Siri sepanjang 8 episod itu mengisahkan perjalanan sebenar sebuah pasukan boleh sepak tempatan, Ombak FC dalam mencapai kemenangan di atas padang. Pada masa sama belajar tentang nilai-nilai yang hanya boleh dipelajari daripada sukan.
Siri Takkan Gentar menyatukan mentor-mentor profesional seperti pemain bola sepak lagenda, Santokh Singh; peninju MMA wanita, Ann Osman; jurulatih selebriti, Fatimah Abu Bakar; bekas gimnas kebangsaan, Saiful Razlan dan pemenang piala Malaysia, Nazzab Hidzan. Siri ini akan disiarkan pada 18 Ogos 2015.
MILO® tidak lupa tentang pentingnya membangunkan sukan ke peringkat paling tinggi dan tahap akar umbi juga tidak diabaikan. Sebabnya, itulah usia di mana kanak-kanak amat memerlukan bimbingan.
Pada majlis pelancaran, galeri juara-juara MILO® mempamerkan para juara sukan serta kisah-kisah Takkan Gentar atlet sejak tahun 1950-an untuk memberi inspirasi kepada pengunjung.
Tan menyimpulkan bahawa: “Kami ingin membentuk kejayaan masa depan anak-anak berdasarkan kejayaan yang telah dicapai oleh kami di masa lalu. Semua atlet yang dipaparkan pada pameran juara pada hari ini sentiasa menjadi penyokong kuat MILO® kerana mereka juga percaya tentang kuasa nilai sepanjang hayat menerusi sukan. Kami akan bekerjasama secara kolektif untuk mengingatkan para ibu bapa tentang pentingnya nilai-nilai sukan serta mendefinisikan semula bagaimana mereka melihat kegagalan. Hari ini adalah permulaan untuk menyebarkan semangat Takkan Gentar kepada lebih banyak keluarga dan kami akan terus berpegang pada komitmen ini.”
Sertai MILO® dan para juara Malaysia dalam perbincangan Juara Takkan Gentar dengan menggunakan #nevergiveup dan #takkangentar.