Eyeliner mempunyai suatu kuasa luar biasa pada mata. Ia boleh menerbitkan kesan mata yang lebih besar dan galak dengan pemakaian yang betul, sebab itu eyeliner adalah antara solekan penting yang melengkapkan penampilan menarik seorang wanita.
Jika dahulu eyeliner yang biasa adalah berwarna hitam, namun kini ia telah melalui satu evolusi dengan kehadiran eyeliner pelbagai warna; oren, biru, hijau dan banyak lagi. Eyeliner pelbagai warna ini juga boleh dipadankan dengan eyeliner hitam biasa bagi menampakkan imej double eyeliner.
Seseorang itu hanya harus berani dalam mencuba sesuatu yang baru, seperti eyeliner berwarna menonjol ini. Solekan seperti ini mampu memberikan kelainan kepada anda. Berani cuba?