Sembilan Terkoban Ketika Taufan Soudelor Melanda

BEIJING 9 Ogos – Taufan Soudelor yang mula melanda China, meragut sembilan nyawa di timur negara ini, selepas beberapa wilayah di negara tersebut dilanda hujan paling lebat dalam tempoh satu abad, lapor media tempatan, hari ini.

Tiga orang turut dilaporkan hilang selepas ribut kencang membadai, mengakibatkan tanah runtuh di kawasan luar bandar di timur wilayah Zhejiang, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai bencana tempatan.

Daerah Wencheng mencatat hujan 645 milimeter dalam masa 24 jam, hujan paling lebat dalam tempoh 100 tahun.

Taufan tersebut menyebabkan kerugian kira-kira 248 juta yuan (RM156 juta).

Taufan itu turut menyebabkan lebih dua juta rumah kediaman terputus bekalan elektrik, lapor Xinhua.

Namun, satu perempat daripada rumah yang mengalami gangguan elektrik berjaya dipulihkan pagi ini.

Pusat Meteorologi Kebangsaan China meramalkan taufan itu akan mula berkurangan pada malam ini setelah ia mula berge­rak ke kawasan pedalaman.

Taufan itu turut menyebabkan enam orang terbunuh dan 379 orang lagi cedera di Taiwan, serta meng­akibatkan banyak pokok tumbang dan kejadian tanah runtuh.

Hampir setengah juta rumah kediaman masih menghadapi gangguan bekalan elektrik setakat hari ini.

 

Sumber – AFP & Utusan.

BACA:  DOLLA Tunjuk Power Di China, Sertai Program Realiti ‘Show It All’ Sebagai Mentor Antarabangsa

Related Posts