Diana Kim, 30 tahun merupakan jurugambar yang berpijak di O’ahu, Hawaii. Minatnya terhadap fotografi bermula pada usia yang sangat muda, dan salah seorang yang menggalakkannya adalah bapanya, yang juga memiliki studio fotografi.
Kim memberitahu NBS News berkenaan bapanya:
“Saya seorang kanak-kanak yang suka akan gula-gula dan memori terawal berasama bapa saya adalah ketika beliau memberikan saya gula-gula Ring Pop ketika ibu datang melawat. Dia akan bagi secara senyap di belakang ibu saya.”
Ibu bapanya berpisah ketika dia berumur 5 tahun. Selepas itu, dia bersusah payah untuk mencari rumah yang tetap. Kadang-kadang, mereka akan menetap di rumah saudara-mara, teman rapat dan hanya tidur di dalam kereta. Dia berkata:
“Saya melalui saat-saat yang getir tetapi ia tidak menjatuhkan saya untuk terus hidup. Malah, saya tidak akan mudah berputus asa, kerana saya mempunyai naluri ‘survival’ yang sangat kuat.”
Pada tahun 2013, Kim memulakan projek persendirian menangkap gambar orang gelendangan.
Kim memberitahu NextShark:
“Pada tahun pertama semasa pembelajaran saya di kolej, saya memulakan projek ini. Saya faham apa yang mereka lalui seperti rasa diabaikan, kerana saya juga pernah lalui detik di mana saya diperlakukan demikian.”
Pada tahun 2012, ketika beliau menjalani pengambaran di jalan Honolulu, Kim ternampak bapanya yang merupakan salah seorang gelandangan di kawasan tersebut.
Hancur luluh hatinya ketika melihat bapanya yang kehilangan berat badan yang mendadak dan menghidap penyakit schizophrenia. Pada mulanya, dia rasa ragu untuk menyapa bapanya tetapi akhirnya:
“Saya berjalan ke arah dia dan memanggilnya. Tetapi dia tidak memberikan sebarang respon terhadap panggilan saya. Terdapat seorang wanita ketika itu berkata ‘Jangan susah payah, di berdiri di situ pada setiap masa.”
Sebahagian daripada diri saya ingin menjerit kepada wanita tersebut dan dunia yang tidak endah tentang masalah ini. Tetapi saya tidak berbuat demikian, sebaliknya saya kata kepada wanita itu, “Saya perlu cuba.”
“Ada harinya saya tidak dapat jumpa dia, ada harinya saya tidak sangka saya akan jumpa dia berdiri di penjuru jalan. Bapa saya menghidap penyakit schizophrenia tetapi tidak dirawat. Kadang kala, beliau akan bercakap dengan seseorang, tetapi realitinya dia bercakap dengan diri sendiri,” kata Kim kepada NBC.
Kim mengambil masa hampir setahun untuk menolong bapanya untuk kembali sihat. Beliau merakam detik-detik ini di blog personal dia, dan dia berharap untuk membantu “humanize homelessness.”
“Fotografi bukan sahaja berfungsi untuk merakam detik-detik manis dalam hidup, tetapi ia juga memberikan saya pengalaman dan membuka minda saya terhadap dunia, serta membina persahabatan yang tidak ternilai sepanjang projek ini. Target saya sebelum temui bapa saya untuk memberikan sentuhan kemanusiaan terhadap mereka (gelandangan). Setiap orang daripada mereka mempunyai cerita yang tersendiri, dan saya berharap dengan berkongsi pengalaman saya ia akan memberikan perspektif yang baru kepada orang.”
Bapanya yang mempunyai penyakit mental itu, susah untuk menerima pujukan Kim yang inginkan bapanya kembali seperti dulu.
Pada satu hari, bapa Kim mengalami sakit jantung ketika di jalanan dan dia dibawa ke hospital selepas seseorang meminta pertolongan.
Kesakitanya itu akhirnya membawa perubahan di dalam kehidupan bapanya, kerana beliau menerima pelan rawatan untuk kembali pulih. Kim memberitahu bahawa kesihatan bapanya bertambah baik.
“Bapa saya banyak meluangkan masa bersama rakannya dan terus mencari pekerjaan. Baru-baru ini kami berjaya melengkapkan borang dalam talian untuk mencari pekerjaan separuh masa! Dia tidak sabar untuk mendapatkan sedikit sumber kewangan dan menjadi produktif kembali. Ada sebarang idea?”
Saya sangat gembira yang di menjalani kehidupan seperti biasa. Ia membuatkan saya rasa sangat baik, dan saya ingin perkara yang sama berlaku kepada orang lain, seperti mana yang saya lalui bersama bapa saya.”
Kata Kim kepada NextShark:
“Melalui pengalaman ini, ia mampu mematangkan seseorang itu. Selama dua tahun bapa saya merupakan seorang gelandangan, saya melihat beliau lebih banyak daripada saya melihat beliau berada sepanjang hidup saya. Ada terdetik di hati, saya mahu berputus asa dan lari daripada realiti ini kerana tidak ada yang baik berlaku dalam hidup dia. Tetapi saya tidak lari, malah kembali dan masih lagi berharap. Kehidupan ini merupakan hadiah yang paling indah yang pernah kita kecapi. Saya bersyukur dapat melihat beliau masih lagi ingin teruskan kehidupan. Saya menghargai apa yang saya miliki hari ini.”
Kim baru-baru ini berjaya mengumpul hampir 10,000 dolar di Kickstarter untuk menjana projek fotografinya. Anda boleh melayari laman web Kim untuk lihat hasil fotografi beliau.
[SUMBER]