Celebrity Fitness Malaysia membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa cuaca panas di negara ini bukan alasan untuk mengelat daripada bersenam!
Selari dengan matlamat untuk melahirkan senaman yang menyeronokkan, Celebrity Fitness Malaysia baru-baru ini mengadakan parti kolam untuk memperkenalkan senaman dalam air yang boleh dinikmati dan mendatangkan faedah ke dalam rutin senaman harian.
“Senaman dalam air dapat mengurangkan impak yang intense dengan menyerap tarikan graviti. Anda semua boleh mencuba senaman air ni, terutama sekali kepada yang masih lagi dalam kecedaran yang beransur pulih, atau mempunyai perkara yang mengelak daripada bersenam seperti arthritis, sakit belakang atau obesiti,” kata Pengurus Kecergasan Kumpulan Celebrity Fitness Malaysia, Kris Malhotra.
“Selain daripada lebih sesuai untuk sendi-sendi anda, senaman air ini adalah lebih berkesan daripada senaman di atas permukaan tanah. Malah, senaman ini mampu membuatkan otot anda lebih keras kerana daya tahan air, membuang lemak dan membentuk badan dengan lebih cepat,” tambah Kris.
Hampir 100 ahli Celebrity Fitness dan tetamu mengambil peluang selama tiga jam senaman seperti Aqua Zumba, Aqua Yoga dan Aqua Combat.
“Baru-baru Celebrity Fitness diiktiraf oleh Malaysia Book if Records sebagai kemudahan senaman yang menawarkan kelas Aqua Zumba di Malaysia, dan cara untuk meraikan pencapaian ini dengan berkongsi matlamat untuk kekal fit dengan lebih menyeronokkan bersama tetamu dan ahli kami. Kami berharap agar, Malaysians akan mengenalkan senaman aqua ini di dalam rutin dan seronok melakukan demikian,” kata Naib Presiden Kumpulan Celebrity Fitness Malaysia, Ryan Cheal.
Program Wet and Wild ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada Gintell, Crocs, One2Juice, Holiday Villa, Tiger Radler, Smirnoff Ice, Breakout dan HUIOS F&B.
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh melayari laman Celebrity Fitness di www.celebrityfitness.com atau di akaun media sosial http://www.facebook.com/CelebrityFitnessMalaysia.