Fertility Associates Malaysia meraikan sebuah peristiwa penting hari ini apabila pasangan-pasangan membawa bayi-bayi mereka untuk berkongsi pengalaman penuh inspirasi di acara ‘Meraikan Bayi’ bersempena dengan ulang tahun pertama pusat rawatan ini yang diadakan di premisnya di Jalan Gasing.
Fertility Associates adalah sebuah klinik kesuburan antarabangsa yang diasaskan di New Zealand oleh Dr Richard Fisher.
Turut hadir untuk meraikan acara istimewa ini, Dr. Richard Fisher menambah “Saya sangat berbesar hati dapat melihat kerja keras kami dalam bidang perubatan kesuburan dan kesungguhan kami untuk mencapai keputusan yang terbaik bagi pasangan-pasangan yang ingin memulakan keluarga kini mula menunjukkan hasilnya di Malaysia.”
“Kami menubuhkan Fertility Associates Malaysia lima belas bulan lalu dan untuk dapat melihat bayi-bayi pertama kami hari ini adalah pengalaman yang hebat buat kami. Pasangan-pasangan ini sangat berani untuk tampil berkongsi kisah mereka dan kami sangat menghargainya. Diharapkan dengan perkongsian ini, kami dapat membantu pasangan-pasangan lain mengambil langkah pertama mereka,” kata Dr. Arasu, Pengarah Perubatan bagi Fertility Associates Malaysia.
Acara utama di sambutan ulang tahun ini adalah perkongsian dari ibu bapa baru tersebut mengenai kejayaan mereka hasil daripada rawatan kesuburan.
“Saya dan suami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Arasu dan kumpulannya di Fertility Associates Malaysia kerana menjadikan impian kami untuk mendapat anak satu realiti. Kami tidak akan melupakan rawatan, keprihatinan dan pengetahuan yang kami terima di sini sepanjang perjalanan kesuburan kami,” kata seorang pesakit lain.
Fertility Associates, New Zealand berpengalaman selama lebih 28 tahun dan telah melahirkan 16,000 bayi sehingga kini. “Kami sangat berbangga untuk berkongsi kejayaan kami dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit untuk membantu pasangan-pasangan di Malaysia memenuhi impian mereka untuk melahirkan anak,” kata Dr. Fisher.
Pembentangan Dr. Arasu mengenai “Memaksimakan Peluang Kesuburan Anda” menekankan bahawa 50% daripada masalah kesuburan dipengaruhi oleh lelaki dan biasanya apabila kesuburan dibincangkan, fokusnya lebih kepada wanita walaupun pada hakikatnya, faktor lelaki juga sama penting.
Faktor ketidaksuburan lelaki kini menjadi penyebab utama bagi sesetengah pasangan. Dengan adanya kemajuan pengujian dan teknologi, sangat sedikit jumlah lelaki yang langsung tidak boleh mencuba Persenyawaan In Vitro (IVF) atau Suntikan Sperma Intra Sitoplasmik (ICSI).
Pelbagai faktor gaya hidup disarankan oleh Dr Arasu termasuklah mengekalkan kecergasan dengan kerap bersenam, mengurangkan pengambilan alkohol dan mengelakkan pengambilan dadah atau merokok. Mengambil makanan yang kaya antioksida seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan, kekacang, bijian dan coklat gelap telah terbukti dapat memberikan kesan yang positif kepada kualiti sperma.
Apa yang lebih penting, lelaki tidak sepatutnya meletakkan peralatan yang berhaba tinggi seperti komputer riba di bahagian bawah tubuh mereka.
“Saya teruja untuk membantu lebih ramai pasangan di Malaysia mencapai impian mereka untuk mempunyai anak di masa hadapan,” kata Dr. Arasu, Pengarah Perubatan bagi Fertility Associates Malaysia.
Fertility Associates Malaysia boleh dihubungi di:
Fertility Associates
106 Jalan Gasing, Section 5,
Petaling Jaya, 46000, Selangor, Malaysia.
T. 1 300 800 400 / 03 7931 9510
E. info@fertilityassociates.com.my